“Akhirnya Dia Rasa Kebahagiaan Yang…,” – Neelofa Kini Isteri Orang, Noor Nabila Titip Pesan Kena Selalu Ada Untuk Satu Sama Lain

Share

Kakak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui dia berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijab kabulkan pada pagi, Sabtu.

Menurut Nabila,37, dia juga gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suami tercinta, Haris Ismail atau sinonim disapa Pencetus Ummah (PU) Riz.

“Melihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia rasa kebahagiaan yang dia cari selama ini.

“Saya rasa sangat sebak dan terharu kerana akhirnya Neelofa boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila selepas selesai majlis akad nikah selesai.

Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat pasangan mempelai.

Antara rakan selebriti rapat yang turut hadir meraikan majlis akad nikah pasangan berkenaan seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.

Dalam pada itu, Nabila yang juga baru mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.

Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Selamat pengantin baru. Sebagai kakak, saya nak ucapkan… banyak-banyak bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.

“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah dan senang,” ujarnya lagi.

Foto: Instagram Noor Nabila, Wedlocx.co

Published by
MH