Akhirnya Foto Di Pelaminan Dikongsi, Inikah Suri Hati Caprice? – “Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan Kebahagiaan Kami.”

Share

Kecoh mengenai penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice sejak Isnin apabila dia didakwa sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan susulan foto perkahwinan yang tular di media sosial.

Menerusi gambar tersebut, Caprice dilihat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis seorang wanita di pelamin dengan masing-masing mengenakan persalinan sedondon putih.

Di dalam beberapa perkongsian di Instagram, Caprice dipercayai berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Farra Inalis, 26, yang difahamkan turut mempunyai seorang anak perempuan dikenali sebagai Aleesya Sofea.

Malah Farra menerusi platform sama turut berkongsi momen indah yang secara jelas merakamkan figura Caprice.

Malah menerusi Insta Stories, Farra turut berkongsi fotonya di pelaminan selain berterima kasih buat semua yang mendoakan.

“Thank you kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya ringkas.

Sementara itu memetik mStar, pengurus Caprice, Aiman, tidak dapat memberikan pengesahan mengenai berita itu.

“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.

“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya seperti dipetik.

Ditanya tentang identiti wanita yang dipercayai berstatus ibun tunggal itu, Aiman akui mengenai wanita terbabit.

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia repost,” katanya.

Ia berhubung anggota De Fam yang juga pelakon, Azira Syafinaz yang memuat naik kembali foto perkahwinan tular ini dengan menitipkan ucapan tahniah.

Bagaimanapun meski dia memilih untuk mendiamkan diri pada awalnya, Caprice akhirnya tampil memuat naik video pernikahannya bersama pasangannya di Instagram malam Isnin.

Menurutnya, dia akan berkongsi segalanya apabila ada waktu yang sesuai nanti.

Foto: Instagram Farra Inalis, Azira Shafinaz

Published by
MH