Susulan daripada kejadian pengasuh Abby Abadi yang hilang tanpa khabar berita sejak semalam, bekas anggota Elita ini akhirnya memaklumkan pengasuhnya kini sudah ditemui.

Malah, Abby turut mengesahkan berita kemalangan yang diterima adalah sahih.

Bagaimanapun, keadaannya tidak serius sehingga memerlukan imbasan X-ray.

Malah, Abby turut menjelaskan telefon bimbit kepunyaan pengasuh yang dikenali sebagai Azieah turut hilang.

Azieah ohhhhhh Azieah. Ye betul Azieah accident, tak tahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah teruk sampai kena xtray bagai.

“Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya.

IKLAN

“Hp dia hilang, jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam,” tulis Abby dan menyertakan bersama foto Azieah.

Foto tersebut turut merakamkan beberapa bahagian badan Azieah mengalami luka kecil.

Mendapat pelbagai komen netizen sebelum ini, bintang Gerak Khas itu memohon agar semua pihak berhenti membuat spekulasi.

IKLAN

Sebaiknya, mendoakan agar pengasuhnya segera sembuh.

Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. Dosa bersangka2 tau.

“Kiranya selesai kes ini ye. Minta berhenti berspekulasi. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye.

IKLAN

“Ps: Fi Hifzillah Azieah,” maklumnya menerusi Instagram.

Syukur semuanya selamat.

Foto : Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI