Pasangan adik beradik popular, Anuar Zain dan kakaknya Ziana, menyifatkan diri mereka bertuah kerana dilimpahi kasih sayang serta sokongan peminat sejak dahulu hingga kini.
Terharu dan bersyukur, mereka akui tanpa peminat, mereka tidak mungkin boleh mampu bertahan hingga sekarang meski muncul bintang baru yang silih berganti.
View this post on Instagram
“Syukur kepada Allah kerana kami diberikan kasih sayang yang sangat bermakna. Mereka sentiasa ada bersama kami sejak dulu lagi,” kata Anuar sambil diakui Ziana.
“Mereka semua sangat memahami dan bersabar bersama kami. Mereka faham dan tidak jemu untuk menjadi penyokong kami sampai hari ini,” tambah Ziana pula.
Lantaran, tidak hairanlah kala kedua-duanya turut mengumumkan konsert mereka Anuar Zain dan Ziana Zain Live In Kalau Lumpur 2022, 50 peratus tiket habis dalam masa tiga jam, baru-baru ini.
Malah, 72 jam kemudian tiket konsert yang bakal berlangsung pada 6 Ogos di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu habis terjual.
Bagi bintang yang masing-masing terkenal dengan lagu Keabadian Cinta dan Puncak Kasih itu, seribu kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang mengizinkan semua itu.
View this post on Instagram
Anuar yang juga mesra dengan panggilan Pak Ngah dalam keluarga melahirkan rasa terima kasih atas sokongan berterusan yang diterima.
“Kami tidak memikirkan langsung soal jualan tiket dan hari ini kami hadir untuk sidang media dan berkongsi mengenai konsert ini,” kata Ziana.
Bercerita mengenai konsert lagi, Ziana menambah dia dan Anuar bersetuju kerana percaya ia datang pada waktu dan saat yang tepat.
“Jujurnya saya dan kakak selalu bersembang mengenai impian untuk konsert bersama tapi ia berakhir begitu saja.
“Namun akhirnya rezeki menjadi milik kami dan Alhamdulillah mari sama-sama raikan momen terindah ini nanti,” kata Anuar.
Ziana pada masa sama teruja untuk beraksi demi peminat tersayang.
Bakal menyampaikan 12 lagu iaitu enam lagu solo masing-masing, Ziana dan Anuar juga akan berpadu suara dalam empat buah lagu terpilih.
“Semua lagu yang disenaraikan pastinya yang terbaik dan terpopular mengikut permintaan ramai. Kami akui ia bukan proses mudah,” kata Ziana.
“Kami akan berusaha sebaik mungkin memberikan kenangan terindah buat anda semua. Kalau ada lagu yang anda mahu jerit dan kami cuba bawakan secara accapella,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI