Sekeping foto di atas buaian didendangkan dengan cerita zaman kanak-kanak yang masih mekar di ingatan usahawan ini.

Jelas Datin Seri Shahida, dia sering berangan untuk berkahwin dengan putera raja kerana terpengaruh dengan hikayat dongeng terkenal, Bawang Merah Bawang Putih.

Lalu maklumnya lagi, terbukti impian menjadi kenyataan apabila akhirnya dia berkahwin dengan ‘raja’ iaitu raja viral, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Dulu kecik2 waktu zaman tape video selalu suruh mak saya sewa video tape bawang merah bawang putih feeling2 nak kahwin dgn anak raja.

“Hari-hari mesti tgk…siap hafal dah lagu2 dalam tu, berangan kot2 kahwin dgn anak raja.

“Tapi akhirnya saya mmg kahwin dgn raja juga tapi RAJA ViRAL,” tulisnya jujur.

Serentak dengan itu, posting berkenaan mendapat reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan curahan hati ibu beranak empat ini.

Dalam perkembangan lain, Shahida yang kini turut aktif membantu suami berbisnes dijangka bakal melahirkan anak kelima mereka, bulan hadapan.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri