Akhirnya lagu ciptaan Naim Daniel yang sepatutnya dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah berjudul Sudah itu diamanahkan kepada Nikki Palikat untuk dinyanyikan.
Perkara tersebut dikongsikan suami arwah, Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram, baru-baru ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Naib Juara Gegar Vaganza 8 itu, Shuib turut mengharapkan agar perjalanan karya tersebut dipermudahkan.
“Alhamdulillah akhirnya sayang, lagu AJL you dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan.
“Lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulisnya pada video latihan arwah Sarah di Instagram.
Nikki turut mengulang siar (repost) video sama seterusnya menyatakan rasa terharu projek istimewa itu.
View this post on Instagram
“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arwah Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.
“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya.
Single berkenaan bakal dilancarkan pada 25 Mac 2022.
View this post on Instagram
Untuk rekod, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kesetiaan ini pergi mengadap Illahi pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI