Selepas lapan tahun tidak melancarkan lagu, penyanyi Najwa Latif kini tampil dengan lagu terbaru berjudul KLIA (Kau Lupa Itu Aku).
Lagu bergenre pop itu telah meraih hampir 300,000 tontonan selepas dimuat naik dua hari lalu.
Malah, Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif turut meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut mendapat tempat di hati peminat.
“Alhamdulillah. After 8 years of waiting, it’s finally out! Go check it out kalau awak free okay? Thank you,” tulisnya.
Lalu, netizen terharu apabila penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku (2011) ini kembali dengan lagu terbaru untuk tahun ini.
Antara lagu popular penyanyi berusia 24 tahun ini yang sering menjadi siualan seperti Cinta Muka Buku, Carta Hati, Kosong dan banyak lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=15qJS4GvzkA
https://www.youtube.com/watch?v=uhbmiL9xRio&t=12s
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Ultraman Decker & Trigger Nak Cuba Nasi Lemak, Tak Sangka Sambutan Luar Biasa Di Malaysia!
Diterbangkan khas daripada Jepun, kemunculan tiga pelakon siri adiwira popular dunia, Ultraman iaitu Hiroki Matsumoto, Raiga Terasaka dan Yura Murayama nyata mendapat sambutan luar biasa daripada peminat Malaysia.
Kira-kira hampir 1,000 peminat membanjiri Atrium Lalaport, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad untuk bertemu secara empat mata dengan Hiroki yang pernah membintangi siri Ultraman Decker bersama rakan pelakonnya, Yura sebagai Ichika Kirino. Manakala, Raiga pula muncul sebagai Ultraman Trigger.
Ketika sesi temu bual, Hiroki akui tidak menyangkan bahawa kedatangan mereka bakal disambut dengan meriah oleh peminat Malaysia.
“Terima kasih kerana menyokong kami terutamanya siri Ultraman sejak dari dahulu sampai sekarang. Saya tahu sudah banyak karekter Ultraman disiarkan, tetapi tetap menerima sambutan baik daripada penonton di sini.
“Saya sangat bangga dan berbesar hati menjadi salah seorang pemegang watak Ultraman sebagai Ultraman Decker. Ramai juga peminat Decker di sini. Saya harap semua orang gembira dan terhibur hari ini,” katanya kepada MH.
Sementara itu, ada juga peminat Malaysia yang hadir menyarankan mereka bertiga untuk mencuba keenakan nasi lemak dan ia juga disambut baik oleh bintang siri adiwira popular dari negara ‘matahari terbit’ itu.
Hiroki yang mewakili Yura dan Raiga memaklumkan sedia mencuba hidangan nasi lemak sekiranya berkesempatan kerana yakin ia antara makanan Malaysia yang lazat.
Turut hadir Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.
Sementara itu, para peminat tegar
Ultaraman juga boleh hadir ke Lalaport, Bukit Bintang City Centre bagi menyaksikan pameran Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 10 Jun hingga 2 Julai 2023 bermul jam pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).
Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenangan Manis Buat Saya Sebagai Ibu Yang Menjalani Rawatan IVF,” – Tok Ti Rakam Kenangan Bersama Permaisuri Agong. Achey Beri Respon
Berkongsi foto bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan baginda permaisuri adalah inspirasi buatnya sewaktu menjalani rawatan IVF bagi mendapatkan cahaya mata.
“Alhamdullillah.. Semalam kenangan manis buat saya sebagai ibu yang menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan cahayamata ..Penguat semangat saya & inspirasi saya ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .. Menjunnjung Kasih Tuanku.. Semalam , di acara perasmian bangunan baru @alphafertility .. Tahniah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Menerusi ruang komen, pelawak Achey turut menyatakan harapan untuk turut serta menjalani rawatan yang sama.
“Macam nak terlibat…InsyaAllah,” tulisnya.
Siti antara selebriti yang berjaya mendapatkan rezeki zuriat menerusi rawatan kesuburan selepas 12 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Tok Ti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Che Hafiz Tegur Lufya “Jangan Jadikan Anak Sebagai Mangsa Keadaan!”
Dr Che Muhammad Hafiz menasihati Lufya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumah tangga yang hadapi ketika ini.
Malah Dr Hafiz turut tidak mahu memberikan kenyataan berkaitan konflik yang berlaku kerana ia secara langsungboleh mengganggu prosedur yang dilakukan pihak mahkamah.
“Berkenaan dengan kes mahkamah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada Mahkamah dalam menimbangtara kes kami,” katanya.
“Berhubung kenyataan peguamnya mengenai lafaz cerai yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hukum syarak dan undang-undang mengenai situasi sebenar yang berlaku.
“Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan penceraian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan cerai kepadanya.
“Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguamnya,” jelasnya lagi.
Terkesan dengan pelbagai kata-kata serta persepsi sesetengah pihak, Dr Hafiz juga meminta Lufya agar berhenti dari membuat kenyataan kepada pihak media.
Dr Hafiz sebaliknya menjelaskan, andai apa yang diperkatakan itu benar, boleh buktikan di mahkamah.
“Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya.
“Sebaliknya buktikan di Mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumahnya.
“Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.
“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.
“Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak,” tambahnya.
Sementara itu, Dr Hafiz meminta Lufya agar jangan pisahkan haknya sebagai bapa untuk bersama anak tunggal mereka.
“Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.
“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” akhiri Dr Hafiz.
Dr Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya yang juga seorang penyanyi dan pelakon pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Foto: Instagram Dr Hafiz, Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI