“Akhirnya Tewas… ,” – Sama-Sama Jalani Kuarantin, Isteri Mark Adam Positif Covid-19

Share

Selepas Mark Adam, kini isteri kepada guru vokal dan penyanyi berkenaan, Norazah Redzuan pula disahkan positif Covid-19.

Khabar tersebut dimaklumkan pasangan ini menerusi hantaran di akaun Instagram beberapa hari lalu.

“Akhirnya tewas… Tiada lagi room service, tiada lagi video call, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV we back together… @markadam1079 itu yang sebenarnya.

“Aturan Allah tu cantik sekali…InsyaAllah Amin,” tulis Norazah pada entri foto tangan mereka berdua yang mengenakan ‘gelang pink’.


Perkongsian tersebut menerima reaksi baik-baik daripada rakan dan pengikutnya yang mendoakan agar suami isteri itu lekas sembuh.

Minggu lalu, Mark disahkan positif virus itu sejurus menjalani ujian saringan, mengalami simptom demam dan hilang deria bau tetapi syukur kerana berada dalam keadaan baik.

Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Mark Adam, Majalah Nona

Published by
MH