Uncategorized

Akhirnya Zizie Izzete Kongsi Wajah & Nama Unik Baby Kembarnya !

Share

Seperti yang semua tahu hujung tahun lepas pelakon serta isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar, Datin Seri Zizie Izette telah selamat melahirkan anak kembar lelaki di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur.

Berita kehamilan Zizie memang diterima baik oleh orang ramai, tambah lagi ramai yang teruja melihat wajah anak sulung pasangan ini.

Walaupun baru sahaja tamat tempoh berpatang, akhirnya pelakon ini memuat naik gambar dan berkongsi sekeping gambar yang cukup comel tentang anaknya!

Dengan menggunakan kepsyen perkenalan, Zizie memperkenalkan nama anaknya iaitu Aadam Zac Izzette dan Aaleph Zeke Izzette.

Malah, Zizie sempat memberitahu bagaimana menyebut nama anaknya Aaleph.

Menurutnya ia seharusnya berbunyi ‘Alif’ bukannya ‘Alip’.

“Salam & hello everyone
Meet my two precious heroes,
AADAM ZAC IZETTE (top) and his younger brother AALEPH ZEKE IZETTE (bottom). (Pronounced Alif not Alip eh?)
They were only 20 days old when this pic was taken.
Alhamdulillah, hari ni dah sebulan 1 hari.
Terima kasih diatas doa2 anda dlm comment2 sebelum ini.
May Allah bless all of u. Amen,” tulisnya diruangan kepsyen.

Melalui pemerhatian kami bayi Zizie sama putih seperti ibunya dan comel betul!

Rata-rata pengikutnya turut teruja melihat wajah anak Zizie dan tidak berhenti memuji pasangan kembar ini!