
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran pelakon Eyka Farhana yang ke-26, kekasih hatinya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid ada memberikan dedikasi ringkas tetapi cukup istimewa buat Eyka.
Menerusi Insta Story, Akhyar mendoakan agar pelakon tersebut dirahmati.
“Happy birthday love. Semoga dirahmati. I love you so much,” tulisnya beserta beberapa emoji.
Paparan berkenana turut dikongsikan kembali Eyka dengan respon;
“Auuww thank you so much my mucho! I love you to the moon and back,l “ balas Eyka.
Sementara itu, Eyka yang sinonim menerusi siri Budak Tebing ada membuat coretan di dapam satu posting yang dimuat naik di Instagram.
“On this special day of mine, I just want to give thanks to the almighty allah for the gift of life and happiness. I pray that He continue to bless me throughout the year,” doa Eyka.
Hantaran yang sudah pun meraih kira-kira 12,000 tanda suka itu turut menerima ucapan selamat hari jadi daripada para pengikutnya.
Foto: Instagram Eyka Farhana, Akhyar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syifa Melvin Syukur The Melvins Dah Cecah Status Jutawan – “Tak Sangka Rezeki Allah Nak Bagi Dalam Sekelip Mata.”

Empat adik beradik selebriti The Melvins menjawab khabar angin yang mengatakan mereka kini bergelar jutawan muda.
Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin yang mengusahakan produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins mempunyai jawapan tersendiri untuk menjawab dakwaan terbabit.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian-Nya.
“Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.
“Apapun, kami rasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.
“Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang kami usahakan mendapat respon positif peminat yang menjadi pelanggan.
“Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” kata Syifa mewakili The Melvins.
Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.
Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.
Tambah Syifa lagi, dia bersyukur dikurniakan dengan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.
“Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini. Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.
“Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.
“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
45 Tahun Gemilang ‘Sifu’ Muzik Melayu, Konsert Skala Besar M Nasir Pukau 8,000 Penonton!

Karya agung 45 tahun tersergam indah yang dirangkumkan dalam tiga jam 30 minit nyata memberikan kepuasan buat mereka yang hadir ke konsert mestro muzik negara M. Nasir di Axiata Arena pada tanggal 10 Ogos lalu.
Konsert yang diberi nama Konsert Datuk M N45IR Cipta itu telah memukau hampir 8,000 penonton menerusi rangkaian 30 buah lagu daripada lebih 3,000 karya yang pernah dihasilkan oleh M Nasir.
Berikut adalah antara sorotan dan momen-momen menarik sepanjang konsert berlangsung;
Pentas Dibuka Tepat Jam 9 Malam
Axiata Arena bergema dengan sorakan penonton saat M Nasir muncul di platform pentas dan membuka panggung menerusi lagu Raikan Cinta.
Pemilik nama Mohammad Nasir Mohamed kemudian itu meneruskan pembukaan persembahan dengan lagu Bikin Filem, Tujuh Nafas Lagi, Senandung Semalam, Medley Dah Lagu Tu dan Oh Anak serta Hati Emas.
Madley Lagu-Lagu Ciptaan M Nasir
Perjalanan seni hampir empat dekad komposer versatil itu menyaksikan sentuhan magisnya sentiasa malar segar menerusi lagu-lagu pelbagai genre yang pernah dihasilkan buat penyanyi lain.
Suasana di dewan seakan bertukar menjadi ruang karaoke apabila M Nasir membawakan lagu-lagu hits ciptaannya seperti Cinta Kristal (Rahim Maarof), Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR), Senja Nan Merah (Ziana Zain & Datuk Awie), Senandung Semalam (Alleycats) dan Seragam Hitam (Kristal).
Secara tidak langsung, M Nasir membuktikan dirinya selaku seorang mahaguru muzik luar biasa yang mampu bertahan sehingga hari ini.
Ulang Tahun Kelahiran PMX
Pada konsert ini juga, M Nasir membuat kejutan istimewa dengan menyanyikan Allah Selamatkan Kamu bersempena ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-77.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur dan M.Nasir konsert turut menghadiahkan pulut kuning khas buat Perdana Menteri ke-10 itu.
Hadir bersama Perdana Menteri adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan ,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah.
Solidariti Buat Saudara Islam
Persembahan kemudian diteruskan lagi dengan persembahan khas menerusi lagu Balada Seorang Teman yang didedikasikan khas sebagai tanda persahabatan diantara PMX dan Pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan Zionis di kediamannya, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 67 tahun itu juga mendedikasikan lagu Phoenix Bangkit buat seluruh rakyat Palestin yang diuji dengan peperangan.
Dalam masa yang sama, layar besar di pentas turut terpampang bendera Palestin sebagai tanda solidariti.
Persembahan Daripada Pemuzik Percussion
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Datin Marlia Musa ini juga memberikan peluang buat para pemuziknya untuk menunjukkan skill mereka sendiri pada malam tersebut
Paling mencuri tumpuan sudah semestinya ketika persembahan solo daripada pemain marakas.
Seramai 25 para pemuzik dan penyanyi latar mengiringi persembahan antaranya Aznan Alias (pengarah muzik dan gitar), Firdaus Mahmud dan Eddie Slam (keyboard), Rafi Mohd (gitar), Norman Abdullah (bass) dan Ujang Exists (drum).
Penampilan Khas Datuk Ramli MS
Pemuzik terkenal Datuk Ramli MS turut hadir sebagai penampilan khas di konsert tersebut dengan bermain alat muzik akordion mengiringi persembahan bergenre tradisional menerusi lagu yang berjudul Hijab Kekasih.
M Nasir menyifatkan Ramli MS sebagai seorang sahabat baik yang sentiasa ada disepanjang perjalanan seninya.
Busana Pendekar Hiasi Axiata Arena
Rata-rata penonton yang hadir pada malam tersebut dilihat sangat sporting apabila mengenakan sepersalinan busana tradisional Melayu dengan mengikut tema iaitu Pahlawan.
Yang lelaki dilihat segak mengenakan Baju Melayu lengkap bertengkolok mana para wanita pula ayu dengan tema baju kurung, kebaya dan songket.
Konsert yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, Misha Omar dan Melly Goeslow.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Makan Nasi Campur Garam & Minum Air Paip,”- Pernah Alami Detik Sukar Hilang Kerja, Ras Adiba Radzi Mahu Nasib OKU Terbela

Bekas personaliti televisyen yang kini merangkap sebagai Senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewa selepas mendapati banyak kemudahan awam yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU) digunakan pihak yang tidak berhak.
Menurut laporan Malaysia Kini, Ras Adiba menyifatkan permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berwajib.
“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU.
“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.
“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU.
“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Ras Adiba turut berharap agar syarikat swasta mempertimbangkan syarat kelayakan untuk memberi ruang buat warga OKU mendapat tempat didalam sektor pekerjaan.
Malah, dia juga tidak mahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini terjadi juga kepada golongan OKU yang lain.
“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.
“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.
“Sukar saya bukan kepalang. Saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya lagi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI