Lisa Banes, 65, seorang veteran Broadway dan pelakon yang terkenal menerusi filem Gone Girl telah dilanggar lari ketika dia sedang berjalan kaki menuju ke sebuah parti makan malam di rumah temannya berdekatan Lincoln Center.
Menurut laporan New York Post, Lisa telah dilanggar di laluan pejalan kaki oleh penunggang skuter yang melanggar lampu isyarat merah.
Paling menyayat hati, penunggang skuter berwarna hitam dan merah tanpa nombor pendaftaran itu terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian. Sehingga kini pihak polis New York masih lagi cuba menjejaki penunggang skuter tersebut dan kes dalam siasatan.
Dia yang dikejarkan ke Hospital Mount Sinnai Morningside telah didiagnos mengalami kecederaan otak traumatik dan berada dalam keadaan kritikal. Jenis kecederaan otak yang dialami oleh pelakon ini boleh menjejaskan fungsi otak lantas mengganggu kemampuan pergerakan fizikal.
Menurut temannya dalam laporan People, Lisa yang tinggal di Los Angeles berada di New York kerana terlibat dalam pementasan virtual The Niceties adaptasi Eleanor Burges yang dibawakan oleh Kelab Teater Manhattan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sediakan Satu Peti, Untuk Duit Raya Saja,” – Bakal Rakam Single Dengan Ifa Raziah, Cheta Potpet Syukur Nikmat Anjur Open House Kepada Publik!
Usahawan kosmetik, Cheta Potpet yang sebelum ini pernah muncul dengan single pertama berjudul Aku Yang Kau Mahu lebih dua tahun lalu mengakui dia kini sedang mencari material baharu untuk menghasilkan single kedua.
Cheta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 35, berkata, dia teruja apabila kali ini, dia turut mempelawa rakan artis, Ifa Raziah untuk sama-sama tampil di dalam naskhah terbarunya itu nanti.
“Setakat ini, ia masih lagi di peringkat perbincangan. Masih mencari formula yang betul untuk hasilkan lagu yang bagus memandangkan genre kami berdua berbeza. Ifa sinonim dengan dangdut manakala saya pula selesa dengan muzik Pop dan Rock. Manalah tahu konsepnya nanti akan jadi ‘RockDut’.
“Kak Ifa dia okay sahaja sebab sebelum ini ada yang kata kami macam kembar dan sebagainya. Kami pun mulai rapat dan sering berkongsi idea dan pendapat mengenai bisnes juga. Jadi tiada masalah untuk saling bekerjsama.
“Tapi tidak dinafikan pada awalnya saya rasa takut-takut juga untuk berduet. Siapa yang tidak kenal dengan Ifa Raziah kan? Dia pun orang lama dalam nyanyian. Rasa tak percaya pun ada.
“Tapi bila difikirkan balik, tidak salah pun sebab saya sendiri sebelum ini memang ada band sendiri sebelum fokus bisnes. Harapnya kolaborasi ini adakan dapat direalisasikan,” katanya yang juga pengasas Secret Desire.
Sementara itu, Cheta turut bersyukur kerana impiannya untuk menghargai pengguna akhirnya menerusi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Secret Desire tercapai.
“Alhamdulillah selepas dua tahun tidak mampu nak anjurkan majlis rumah terbuka, kali ini kita semua berpeluang untuk nikmati kembali suasana berhari raya meski masih kena berjaga-jaga lagi. Kali ini saya ‘lepas geram’, buka terus sembilan khemah untuk raikan tetamu yang datang.
“Pada masa sama, kita belanja mereka dengan menawarkan harga runtuh produk Secret Desire yang terpilih. Sebab saya sedar, yang datang pun ada yang bukan pengguna produk saya pun. Jadi inilah masanya untuk memperkenalkannya kepada yang mahu mencuba.
“Lagi pun rasanya tiada masalah kalau saya buat rumah terbuka pada publik. Niat kami sekeluarga nak berkongsi rezeki. Syukur ramai yang datang dan jujurnya rasa puas sebab hajat itu termakbul. Orang kenal kita bersama-sama dengan jenama yang kita bawa.
“Kita sama saja, masing-masing bekerja dan cari pendapatan. Mungkin cara sahaja yang berbeza di mana saya buat bisnes. Bila orang mulai suka dengan kita dengan apa yang dijual, maknanya sasaran itu tercapailah,” katanya lagi.
Anak keempat daripada lima beradik ini turut menambah, dia memperuntukkan sejumlah duit raya, khas untuk diberikan kepada kanak-kanak sepanjang Aidilfitri.
“Saya pun tak boleh nak jangka berapa ramai yang hadir, sebab kita beri peluang kepada semua untuk datang. Selagi makanan ada, selagi itu kita makan. Biasanya ‘founder’ mungkin hanya panggil agen, wakil atau pembeli terpilih sahaja datang ke rumah terbuka. Tapi konsep kami berbeza.
“Suami pun menyokong cara begini. Syukur, dapat sediakan duit raya sekitar RM20,000 untuk diagihkan kepada tetamu yang bawa anak-anak. Memang sediakan satu peti, khas untuk duit raya sahaja.
“Begitulah setiap tahun cuma tahun ini Allah SWT beri rezeki lebih. Tak salah untuk saling berkongsi. Harapnya majlis begini akan dapat diteruskan lagi, insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Tak Nampak Adalah Bau Yang Kurang Menyenangkan,” – Kata Ameera Zaini, Sosial Media Dan Realiti Jauh Bezanya!
Sekeping foto berlatarkan mercu Eiffel Tower tidaklah gah seperti yang dilihat mata sendiri.
Ulas pengacara Ameera Zaini, realitinya jauh berbeza daripada apa yang terlihat di laman sosial.
Untuk sekeping foto Insta worthy seperti ini, kata ibu kepada seorang anak ini, dia terpaksa menahan bau yang kurang menyenangkan dan suami yang sentiasa diganggu gelagat anak sewaktu merakam foto.
Namun itulah realiti di sebalik sekeping foto.
“A reminder to myself. Apa yang kita nampak di social media adalah apa yang kita pilih untuk share/tengok.
“Realitinya jauh lebih berbeza dari kehidupan sebenar. Contohnya di sebalik gambar Meera macam syok je kat Eiffel tower ni, yang orang x nampak adalah bau yg kurang menyenangkan, photographer (husband) tengah kena tarik2 dengan anaknya.
“And hati Meera sendiri tengah dup dap dup dap tengok sekeliling sebab risau dengan itu ini. Orang tak tahu sebab Meera tak tunjuk,” tulisnya.
Pada masa sama, wanita ini turut memberi peringatan kepada diri sendiri agar mengambil sikap diam dari memberi komen negatif terhadap sebarang perkara.
“Biasalah tu, kita akan judge benda yg kita nampak saja. Cuma bila kita nampak kekurangan, keburukan, benda yg mata kita tak suka tengok, boleh tak kita praktis untuk diam daripada kita zahirkan melalui komen negative? Pesanan untuk diri Meera sendiri.
“If you don’t have something nice to say, you shouldn’t say it at all ✨(wearing SarahTieBack instant scarf),” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on
Setuju dengan kenyataan positif wanita ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Setuju dengan kata-kata, lebih baik diam sekiranya tiada perkara baik untuk diucapkan.
Foto : Instagram Ameera Zaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekiranya Ada Masalah, Saya Pasti Mereka Boleh Cakap Pada Waktu Itu Juga Dan…,” – Nabila Razali
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI