Berita

Akibat Bercinta Dengan Suami Orang, Pemenang Pertandingan Ratu Cantik Serah Semula Mahkota

Share

Tak sampai sebulan kemenangannya sebagai Miss Japan 2024, Karolina Shiino terpaksa melepaskan gelaran tersebut apabila terbalit dalam hubungan cinta bersama suami orang.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh penganjur pertandingan tersebut selepas berita mengenai hubungan sulit tersebut disebarkan oleh sebuah majalah di sana.

Insiden ini menjadi insiden pertama dalam sejaran pertandingan itu dan gelaran untuk tahun ini akan dikosongkan dan tidak digantikan dengan yang lain.

Majalah Shukan Bunshun melaporkan pada Rabu lalu bahawa Karolina, 26, sedang bercinta dengan seorang doktor yang sudah berkahwin.

Pada mulanya ratu cantik berdarah Ukraine itu menafikan khabar angin dan tidak tahu bahawa kekasihnya itu merupakan suami orang dek kerana dia terlalu panik.

Namun kemudiannya dia mengaku bahawa dia sudah mengetahui kekasihnya itu suami orang dan telah berbohong kepada penganjur dan juga pihak media. Shiino menyiarkan mesej di Instagramnya pada hari Isnin mengatakan dia tidak bercakap benar kerana kekeliruan dan rasa takut.

BACA JUGA: Wakil USA Dinobatkan Sebagai Miss Universe 2022. Malaysia Pula ‘Unplaced’ Selama 52 Tahun

Oleh sebab itu, wanita tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kembali mahkota dan tidak lagi bergelar Miss Japan.

Menjuarai pertandingan Miss Japan pada 22 Januari 2024 yang lalu, Karolina menjadi gadis bukan berdarah Jepun pertama memanangi gelaran itu.

Kemenangannya menjadi pertikaian ramai kerana dia tidak berdarah Jepun dan mempersoalkan apakah kriteria Miss Japan sebenarnya.

Biarpun tidak berdarah Jepun, Karolina membesar di Jepun sejak kecil lagi dan menggunakan nama keluarga bapa tirinya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen