Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa yang telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus ‘Kawasaki’ kini sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu Ayra kini berdepan dengan masalah jantung kesan jangkitan virus berkenaan.
Perkembangan terkini itu telah dikongsikan oleh isteri kepada pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun media sosial Instagram miliknya.
“Alhamdulillah.. Aryssa boleh discharge hari ni. Virus dah tiada tetapi akibat dari virus ini, kini jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak.
“Tiada apa yang kritikal, mudah mudahan aryssa boleh sembuh sepenuhnya. Insyaallah,” tulisnya.
Serentak dengan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan buat permata hatinya itu. .
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang doakan Aryssa Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Amyra memaklumkan Ayra telah mengalami masalah gejala demam panas yang sangat teruk sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar minggu lalu.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli