Penyanyi, Syura Badron berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang melecur teruk akibat letupan gas, Jumaat lalu.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, suaminya telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,” tulis Syura.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
Ads
Meski berdepan ujian berat, Syura bagaimanapun yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut memuat naik satu hantaran di Insta Stories yang memaparkan tangannya bersama suami, sebagai tanda kasih dan sokongan.
Ads
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku,” kongsinya lagi.
Ads
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal selama sembilan tahun, apabila melangsungkan pernikahan dengan Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Syura juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon veteran, Lee Sai Peng atau lebih dikenali dengan nama Frankie Lee telah meninggal dunia.
Berita kematian pelakon berusia 85 tahun itu dikongsikan oleh Golden Screen Cinemas pada Sabtu, 5 April 2025 menerusi sebuah hantaran di Instagram mereka.
“Pelakon Veteran Frankie Lee Sai Peng yang terkenal menerusi peranannya dalam filem The Journey telah meninggal dunia pada usia 85 tahun.
“Persembahan hebatnya telah melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27,” tulis pihak GSC pada kapsyen hantaran itu.
“Walaupun dalam usia 70an, Frankie membawakan semangat dan dedikasi terhadap karyanya yang menyentuh hati setiap penonton,” tambah kenyataan itu lagi.
Sekadar info, Frankie Lee merupakan pelakon berbangsa Cina pertama yang bejaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM sepanjang penganjuran anugerah berprestij itu.
Selepas membintangi The Journey pada 2014, mendiang muncul dalam filem terkenal, Ola Bola pada 2016 dan menurut IMDb daftar terakhir lakonannya adalah menerusi filem Showtime 1985 pada 2020.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim berasa amat teruja dan bersyukur kerana bakal genap menjangkau usia 50 tahun, Februari depan.
Di samping memuat foto terkini bersama peminat di akaun Instagram, Sarimah turut berkongsi kata nasihat dan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“One with my soulmate sayang. Someones gonna be 50(!?) next month!! Where did the last 8 years go???
“Am blessed to have been with you on this journey towards joining the 5 series club sayang! Fuhhh,” tulisnya.
Akui Sarimah, pengalaman yang dilaluinya itu telah membuatkan dirinya kini semakin berfikiran matang dan memiliki kehidupan yang bahagia.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menasihati kepada orang ramai untuk belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Thing is.. we both feel calmer, healthier and more ourselves than ever..as the years pass…i guess its all about maturity.
“Kematangan datang dengan pengalaman, hidup akan ada times pahit manis, success, failures, tapi GROWTH itu yang penting.
“Belajar dari kesilapan masing-masing. InsyaAllah makin happy dan tenang.
“Here’s to a safe CNY holiday break..stay healthy everyone.. health IS wealth. #mentalhealth #kesihatanmental #kasihsayang #ketenanganhati #bersangkabaik #tanggungjawabbersama #thenadzimuddins #alhmdulillah #growTogether,” tulisnya lagi menerusi entri berkenaan.
Pelakon Aprena Manrose ada menitipkan kata buat Allahyarhamah ibunya, Rasnah Mohd Noor atau nama komersialnya, Rosnah Mohd Noor yang telah pergi mengadap Illahi hampir lapan tahun lalu.
Menerusi satu posting di Instagram, Aprena meminta ramai untuk sedekahkan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah yang jatuh pada 8 Mei.
“Assalamualaikum semua, harini 8 Mei hari lahir arwah ibu saya dan 26 Ramadhan mama kembali ke rahmatullah, jatuh pada hari yang sama. Allahuakhbar.
“Berharap semua dapat sedekahkan Al-fatihah padanya, Rasnah Binti Mohd Noor. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Aprena turut menukilkan doa buat arwah, yang sebelum ini pernah mencipta nama dalam dunia lakonan pada era 80-an.
‘Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh ibuku Rasnah Binti Mohd Noor. Ya Allah! Ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakanlah dia. Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya.
“Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahannya dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis turut mengucapkan salam takziah bersama iringan doa serta al-Fatihah buat arwah.
Rosnah meninggal dunia pada pukul 2.55 petang, 4 Ogos 2013 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.
Aprena yang juga anak kepada bekas penyanyi, Iwan Syahman juga mempunyai seorang abang dan adik perempuan, Oktovia Manrose yang turut aktif dalam dunia lakonan.
Foto: Instagram Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...