Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kenangan menerusi fotonya bersama dengan beberapa orang guru yang difahamkan pernah mengajarnya sebelum ini.
Menurut penyanyi berusia 44 tahun ini, dia senang untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang sangat baik dan akrab bersama barisan guru berkenaan.
“Guru guru ku; Ramai lagi yang kami menuntut ilmu dalam hidup kami. Tapi ada 4 yang bagi impact besar.
“Ustazah Yati gambaq takdak. Tak pernah ambik dengan dia. Guru vocal kami @cikgusitihajar, yang banyak sangat ajaq kami. Macam ibu sendiri dah Guru bersenam; kecik ja orangnya tapi kalau dia train, macam komando @irethmia,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab turut menasihatkan ramai agar sentiasa menghargai dan menghormati semua insan bergelar seorang guru.
Ini kerana, bintang yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini menyifatkan tiap ilmu yang dicurahkan oleh para guru adalah sangat berharga.
“Nak jadi apa pun dalam hidup ni, kena ada guru. Kena ada mentor. Mereka ni cahaya pada kita.
Ilmu tu sangat berharga. Kena pilih mereka yang arif dalam bidang masing2. Bukan main ikut sahaja.
“Kami pun nak jadi wellness coach, menuntut ilmu merata. Supaya dapat beri yang terbaik.3 guru ni, banyak sangat bantu kami. Especially gambaq 2nd last tu. Ubah paradigm kami.
“MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Kadang2 terpikiaq, pasaipa tuhan bagi kita jumpa orang2 macam ni? Sebab kita buat keputusan untuk bantu diri kita. Dia temukan. Dia buka jalan. Alhamdulillah alhamdulillah
“Sesungguhnya rindu ibu @cikgusitihajar Rindu push @irethmia Dan yang baju biru tu, tak rindu . Hari2 dia berletiaq kat kami May Allah bless and grant you jannah to all my mentors and teachers. #mentor #guru #personaltrainer #vocalteacher,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Nourul Depp