Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian dengan aksi di luar kotak apabila dia memilih untuk berbuka puasa di atas platform papan iklan gergasi pasar raya di Jalan Kebun, Shah Alam, kelmarin.

Menerusi video yang dikongsikan, aktor berkaliber itu berkongsi detik mencabar apabila dia memanjat untuk ke papan iklan berkenaan sebelum menikmati juadah berbuka bersama beberapa pekerja.

“Sekarang ni aku buat kerja gila sikitlah. Nak pergi buka puasa dekat atas ni. Aku lagi ada tujuh minit untuk berbuka puasa dekat atas. Mengah juga dah tua-tua ni,” katanya.

Rosyam turut berkongsi satu lagi video yang kini sudah pun tular di media sosial.

“Korang buka puasa di mana? Kat rumah? Huh! Lemau,” selorohnya sambil menikmati panorama senja.

‘Aksi Gila’ Rosyam Nor, Buka Puasa Atas Papan Iklan Gergasi! – “Korang Buka Puasa Di Mana? Kat Rumah? Huh! Lemau.” ‘Aksi Gila’ Rosyam Nor, Buka Puasa Atas Papan Iklan Gergasi! – “Korang Buka Puasa Di Mana? Kat Rumah? Huh! Lemau.” ‘Aksi Gila’ Rosyam Nor, Buka Puasa Atas Papan Iklan Gergasi! – “Korang Buka Puasa Di Mana? Kat Rumah? Huh! Lemau.”

Ads

Komen Pelbagai Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan konten yang dikongsikan.

Malah tidak kurang yang mengaitkannya dengan watak Iman yang dibawanya dalam drama Keluarga Itu. Antaranya;

“Cane dia rekod? Cameraman terbang ke?”

Ads

“Selagi tak menggigit, biarkan ia memanjat.”

“Sempat lagi promo tu.”

“Ni baru betul Tailong, tak goyang.”

Ads

“Padu konten. Tak berani saya nak panjat. Pernah panjat separuh jalan. Insaf, turun balik.”

Sehingga kini, kedua-dua video yang dimuat naik masing-masing sudah menerima lebih 500,000 tontonan pengguna TikTok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI