Merakam momen indah menerusi tabir pintu, kelihatan seorang ustazah sedang mengajar seseorang mengaji Al-Quran.
Dikongsi di Insta Story, Mizz Nina “mengintai” si suami sedang mengalunkan bacaan kalam Allah sebelum menyedari sang isteri tiba-tiba hadir dengan kamera.
comel betul noh dgn mizznina ni 😭❤️ pic.twitter.com/WWw6pdl9fw
— sukatido (@deadguts_) August 2, 2019
Teruja melihat keindahan hubungan pasangan ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Hubungan suami isteri yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah pastinya mendapat keberkatan dan penuh rahmat.
Malah, apa yang dikongsikan itu pastinya memberi inspirasi buat semua.
Foto : Twitter sukatido
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cari Rezeki Seawal Usia 15 Tahun, Fasha Sandha Pilih Ajar Anak-Anak Erti Tanggungjawab Sejak Kecil
Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia sudah terbiasa berdikari sejak dari awal remaja lagi malah sudah pun mula bekerja ketika di usia 15 tahun.
Berkongsikan hal itu di Instagram, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, berkata pengalaman bekerja di usia muda membuatkan dia seorang yang ‘gila’ bekerja sehingga kini.
“Saya suka bekerja, bila ada ruang, saya akan lari bantu suami dan mama saya berniaga.
“Saya mula berniaga sejak saya berusia 15 tahun (cuti sekolah). Saya akan mencuci pinggan mangkuk di gerai charkoeyteow di pasar Seberangg Jaya dengan gaji sebulan RM180 (banyak ooo masa tu), RM6 satu malam untuk empat jam,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Disebabkan pengalaman bekerja di usia muda memberikan kematangan kepadanya tentang erti tanggungjawab, Fasha berkata kini dia cuba untuk menerapkan nilai kerja yang sama buat anak-anaknya.
“Pengalaman saya menjadikan saya ibarat ‘campak dekat mana pun saya boleh hidup’.
“Kali ini saya ajak anak-anak saya tolong juga (mereka tengah cuti sekolah). Ajar mereka rasa tanggungjawab.
“Alhamdulillah Jemyma suka bekerja,” tulisnya lagi.
Fasha dan anak-anaknya membantu di booth jualan jeruk mangga serta laksa yang dikendali suaminya, pelakon Aidil Aziz serta ibu Fasha sendiri di pesta makanan yang berlangsung di Ampang, Selangor sehingga hari ini.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Ini Dibuat Atas Nasihat Doktor…,” – Masalah Kesihatan, Pihak Pengurusan Sahkan Nabila Razali Tak Dapat Buat Persembahan Di Semi Final Muzik-Muzik
Penyanyi Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMN35) atas masalah kesihatan.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusan, keputusan untuk tidak membenarkan penyanyi berkenaan membuat persembahan menerusi lagu Peluang Kedua itu atas nasihat doktor.
“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus kepada Nabila, Ash mendedahkan, ia merupakan satu keputusan sukar dan menjadi impian penyanyi terbabit untuk membuat persembahan di pentas saingan Muzik-Muzik.
Malah, Nabila juga telah pun mengikuti kelas latihan vokal sejak September sebagai persiapan.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.
“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.
Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan m Hael Husaini dan MFMF pada Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.
“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.
“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tempat Ini Memberi Banyak Kenangan,”- Aizat Amdan Salurkan Bantuan Kepada ‘Frontliners’ Hospital Kuala Lumpur
Setelah 23 hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID 19, penyanyi Aizat Amdan dan Bunga turun padang untuk menyumbangkan 300 helai kemeja-T Ed Sheeran kepada kakitangan ‘frontliners’ Hospital Kuala Lumpur, pada Khamis
Difahamkan, aktiviti khidmat masyrakat ini telah diajurkan bersama oleh syarikat Warner Music Malaysia.
Kongsi Aizat, sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda membalas jasa ‘frontliners’ yang telah banyak berkorban demi negara.
“Here for a csr with @warnermusicmy we’re distributing tshirts for frontliners as they have to dispose what they wear everytime they go in & out the hospital. This place brings so many memories….,” kongsi Aizat menerusi InstaStories miliknya.
Dalam perkembangan lain, Aizat telah melancarkan sebuah lagu single terbaru berduet bersama Bunga berjudul Dup Dup.
Foto: Instagram Aizat Amdan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI