“Aktiviti Kami Dua Beranak, Suka Tulis Note, Suprise…,” – Bila Erra Fazira Kongsi Nota Antara Diri Dan Anak, Momen Paling Manis!

Share

Pelakon, Erra Fazira berkongsi perkara yang dia dan puterinya, Engku Aleesya sering lakukan apabila mereka berjauhan.

Kisahnya, masing-masing akan menulis nota kata-kata semangat sesama mereka, malah ada juga video pesanan yang dititipkan buat masing-masing.

“Hi mom, How are you? I hope your happy and healthy. Hope to see you on Sunday! If you are sad please check your phone in the gallery and watch the video of me.

“I really want to see you now. But anyway, bye mom,love you. Your E.A,” tulis Aleesya.

Manakala, ini pula antara nota pesanan Erra buat Aleesya.

“My darling daughter, do you know you are my strength when I’m weak! You are my smile when I’m sad. You are my booster when I’m low.

“For that, I want to thank you for being my sweetheart.

“Antara aktiviti kami, dua beranak.. sama sama suka tulis notes and surprise each other. Will see you soon sayang. Love you very much,” tulisnya pula.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula, kelihatan ramai yang memuji dua beranak ini dan mengatakan kedua-duanya sangat ‘sweet’.

Erra dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berpisah pada tahun 2014 setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun. Emran kini sudah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tahun lalu.

Foto/Instagram: Erra Fazira

Published by
Khaleeda Rashikin