
Aktor Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia di sebuah homestay di Pulau Pinang, pagi Sabtu.
Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun.
Berita pemergian berkenaan berkenaan turut disahkan oleh rakan pelakon, Anne Abdullah di Instagram.
”Innalillahiwainna hilaihirojiun… Allahummagfirlahu warhamhu waa’fihi waa’fuanhu. Salam Takziah, Al-Fatihah (dibaca),” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perlu Dalami Apa Yang Mereka Lalui,” – Jasmin Hamid Nasihat Ibu Bapa Usah Tekan Anak Supaya Dapat Markah Tinggi SPM

Situasi semasa pandemik COVID- 19 yang melanda lebih setahun lalu nyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakar, termasuk para pelajar yang kini sedang menduduki peperiksaan utama negara.
Bagi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) misalnya, mereka tidak dapat meneruskan situasi pendidikan seperti sebelum ini, selain terpaksa berdepan pengajian dalam norma baharu dalam sesi pembelajaran.
Pelakon senior, Jasmin Hamid, berpendapat para ibu bapa perlu memberi perhatian lebih kepada anak-anak mereka khasnya yang sedang menduduki SPM buat masa ini.
“Kita semua maklum, pandemik COVID-19 sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran anak yang sedang menduduki SPM.
“Iyalah, mereka belajar pun luar daripada kebiasaan seperti dalam talian. Agak sukar buat mereka kerana itu adalah norma baharu.
“Jadi, buat masa ini ibu bapa perlu lah meluangkan lebih Masa untuk fahami tekanan yang sedang dihadapi oleh anak-anak. Tinggalkanlah sekejap kesibukan bekerja untuk selami perasaan mereka.
“Mungkin ada antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan kerana sikap yang tidak berubah malah kelihatan biasa sahaja. Ibu bapa perlu dalami apa yang sedang mereka lalui,” jelas Jasmin Hamid.
Bintang berusia 46 tahun ini turut berharap agar ibu bapa di luar sana mengambil tahu atau cakna dengan perubahan anak.
Bagi Jasmin, SPM adalah sesuatu yang boleh menjadi beban buat mereka yang tertekan.
“Jadi sebagai ibu bapa, kenalah peka terhadap perubahan anak dan berusahalah untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Saya tahu ini saat-saat sukar buat mereka.
“Ibu bapa perlu memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada anak-anak agar mereka rasa seronok untuk duduki SPM.
“Namun jangan sesekali memaksa mereka untuk menjawab dengan cemerlang kerana mereka akan rasa terbeban. Sekarang adalah masa untuk mereka bertenang dalam menjawab SPM, bukan masa untuk mengulangkaji.
“Jangan tekan mereka supaya mendapat markah tinggi sehingga mereka stres,” katanya.
Malah Jasmin turut berpendapat, masih banyak ruang lain yang memberi peluang buat mereka untuk berjaya.
“Katakan kepada mereka, jawablah sekadar mengikut kemampuan.
“Kalau mereka meluahkan rasa bimbang, katakan SPM bukanlah pengakhiran kerana masih banyak peluang lain untuk berjaya,” luah Jasmin lagi.
Dalam perkembangan lain, Jasmin baru sahaja selepas menjalani penggambaran drama, Derita Untuk Bahagia.
Selain itu, dia turut terlibat menerusi drama rantaian, Cukup Derita itu yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Didie Alias, Chacha Maembong, Ruhainies dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rezeki Tukar Kereta Baru Sebelum Raya,” – Puteri Aishah Tayang Kereta Baru, Model Mazda Lagi!

Selepas pelakon, Aprena Manrose berkongsi kegembiraan apabila sudah mampu memiliki kereta atas hasil usaha sendiri dalam seni, kini gilaran pelakon, Puteri Aishah turut memaklumkan berita gembira itu buat para peminatnya menerusi Instagram.
Perkongsian yang dimuat naik sehari lalu daripada pelakon filem Hanyut itu mendapat maklum balas positif peminat. Rata-ratanya mengucapkan tahniah buat peserta Dewi Remaja sezaman Raysha Ini yang sudah mampu memiliki kereta sendiri pada usia muda.
“Alhamdulillah for this rezeki to tukar new car before raya. Thank you abg @haririazmi_22 sbb memudahkan segala kerja Puteri. Kalau nak beli kereta cari abang ni,” tulisnya.
Foto: Instagram Puteri Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Usia Pun Dah Mencecah 26 Tahun,” – Mengaku Sedang Bercinta, Hero Remaja Alif Muhaimin Kagum Sikap Si Dia

Pelakon Alif Muhaimin mengakui dia kini sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang gadis yang dikenalinya sejak April lalu.
Menyifatkan hubungan yang berjalan ketika ini sebagai satu penguat semangatnya untuk mencari rezeki, Alif juga tidak menolak andai jodohnya sampai awal.
“Jujurnya saya memang tengah berkawan dengan seseorang. Kalau bercinta tu, mestilah mahu ke fasa yang lebih serius.
“Jadi memang mahu ke arah itu. Kalau nak difikirkan, usia saya pun sudah mencecah 26 tahun.
“Malah selain berlakon saya juga giat usahakan pernigaan kek batik untuk kumpul duit.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu selepas ini boleh untuk masuk meminang,” jelasnya.
Ditanya mengenai gadis yang kini bertakhta di hati, Juara Hero Remaja 2017 ini belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.
Sebaliknya, Alif memilih untuk bersikap ‘low-profil’ dalam menjalani sesebuah perhubungan.
“Dia bukan pelakon, cuma dia sering muat naik video TikTok dan agak dikenali menerusi platform tersebut.
“Kalau ada yang mengikuti saya di media sosial sejak dulu, agaknya mungkin sudah boleh teka. Pernah juga kami muat naik video bersama.
“Kami menjadi rapat sejak beberapa bulan lalu dan saya suka dengan sikapnya yang cukup mementingkan keluarga.
“Dia jaga ibunya dan tinggal bersama adik. Kagum memilihat kesungguhannya itu.
“Saya serius dalam hubungan ini, tapi apapun kita yang merancang tapi Dia yang menentukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alif kini sibuk di lokasi drama 70 episod, Angkara Cinta arahan Hadith Omar yang menampilkan Hun Haqeem dan Wanna Ali sebagai pelakon utamanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI