Aktor Kacak Remy Ishak Jadi Pilihan Jasmine Suraya Andai Berlakon Adegan Panas?

Share

Pelakon Jasmine Suraya mengakui dia tidak menolak sekiranya perlu untuk melakonkan babak panas dalam filem atau drama.

Katanya, dia akan melakonkan aksi tersebut sekiranya ia benar-benar memberikan kesan terhadap naskhah lakonan yang dilakonkan.

Perkara tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap, Jasmine Suraya Chin Xian Mei ini menerusi aplikasi Ask Me Question di Instagram, baru-baru ini.

“Ya, saya akan berlakon babak tersebut sekiranya ia wajar dan memberikan impak,” tulisnya.

Menerusi sesi soal jawab bersama peminat itu, Jasmine ditanya tentang kesediaannya untuk melakonan aksi panas dalam naskhah filem atau drama.

“Jika saya perlu pilih, saya akan pilih Remy Ishak untuk melakonkan aksi itu dengan saya,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, bintang berusia31 tahun ini turut terlibat di dalam drama bersiri, Bidadari Salju yang kini bersiaran menerusi slot Akasia, di TV3.

Selain Jasmine, drama terbitan A Aida Productions itu dibarisi pelakon popular lain seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Foto: Instagram Jasmine Suraya, Remy Ishak

Published by
MH