Aktor Legenda Bollywood, Rishi Kapoor Meninggal Dunia

Share

Bintang Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun selepas dua tahun bertarung dengan kanser.

Pelakon Bobby itu menghembuskan nafas terakhir di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai.

Dilaporkan, isterinya, pelakon Neetu Kapoor turut berada di sisi menjelang saat kematiannya.

Mendiang memulakan kerjaya sebagai bintang cilik menerusi filem Mera Naam Joker pada tahun 1970 bersama bapanya.

Namanya mula mekar menerusi filem Bobby bersama gandingan Dimple Kapadia.

Sumber : Hindustan Times

Published by
Noraini Abd Wahab