“Aku Balaci? Mak Aku Tak Ajar Aku? Cantik Syafiq Amzah,” – Pengurus Shila Amzah Buat Pendedahan Mengejutkan

Share

Sejak semalam, konflik melibatkan keluarga penyanyi, Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan sekaligus tular di media sosial.

Segalanya bermula selepas pendedahan adik kepada Shila yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah yang didakwa terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.

Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut tampil membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.

Bagaimanapun, pendedahkan yang dibuat Syafiq telah mengundang kemarahan pengurus Shila, Aini Shuhaidah selepas Syafiq didakwa melabelkan dirinya sebagai balaci.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aini turut mendedahkan Syafiq telah bertindak melampau dengan memetik nama ibunya di dalam isu yang berlaku.

“Aku balaci? Mak aku tak ajar aku? Cantik Syafiq Amzah,” luahnya berang.

Sementara itu, Aini turut memaklumkan dirinya telah datang ke rumah keluarga Shila untuk bersemuka dengan Syafiq namun dia dikatakan tidak keluar rumah.

“Aku pun tak puas hati dengan kau Syafiq Amzah. Balaci ni ajak kau jumpa, kau duduk je dalam rumah. Takpulak nak keluar.

“Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah aka Mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna. Kau pun blah semalam takde pula tunggu sampai benda settle.

“Kata gangster, paling tinggi kau boleh buat whatsapp aku dari dalam rumah. Lepastu block aku,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Aini akui terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh keluarga Shila meskipun mengenali diantara satu sama lain sejak lebih sedekad yang lalu.

“Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat.

“Aku diam je tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci. Sabar dan respect aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aini Shuhaidah

Published by
Aizam Manaf