Bekas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini sudah bergelar bapa kepada anak sulungnya iaitu Muhammad Adam Aysar.
Dalam pada itu, Abu juga berkongsi pengalamannya tatkala menjaga anaknya itu hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Ain’ Afini Latif.
“Ayah akan cuba sedaya upaya berikan kasih sayang pada Adam sebaik mungkin seperti ayah lain memberikan kasih sayang pada anaknya. Adam takkan rasa ruang ksong dalam hidup Adam.
“Aku baru tidurkan dia dah rasa letih,mcm manalah umi jaga aku dulu,” tulisnya.
Gambar tersebut memaparkan Abu sedang memangku anaknya yang sedang tidur.
Bagaimanapun, segelintir netizen turut menyoal kapsyen yang dikongsikan pemuda berusia 25 tahun itu.
Tidak hanya berdiam diri, Abu memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.
Sebelum ini, kecoh apabila Abu bertindak menceraikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirikan rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Kemelut yang berlaku sekali gus mengundang rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.
Foto : Instagram Abu