Aktres senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau sinonim dengan panggilan Ogy antara selebriti terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Terbaru, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali di Festival Filem Malaysia ini ada menzahirkan kerinduan buat terhadap arwah ibunya, seniwati Saadiah bersempena dengan sambutan hari ibu, hari ini.
Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan dia sentiasa akan mengingati pesanan juga titipan kata nasihat yang pernah disampaikan oleh arwah ibunya.
“Aku Disini Kerana Dia..
Aku Berjaya Sbg Anak Seni
Kerana Doa, Restu, Didikan Dia..
“Aku Jadi Rapuh Bila Dia Tinggalkan
Aku..Aku Bangkit Dan Teruskan Hidup Ini
Kerana Teringatkan Kata2 Dia..
“Aku Akan Menjaga Nama Baik Mu
Hingga Aku Dipanggil Pulang..
Mak..Fauziah Rindu…
Selamat Hari Ibu Mak..,” tulisnya dalam satu posting di Instagram.
Sekadar informasi, seniwati Saadiah merupakan seorang antara pelakon terkenal dan dijulang sejak memulakan kerjaya seninya pada era-50an.
Allahyarhamah Saadiah telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2005 akibat penyakit kencing manis.
Pada zaman kegemilangannya, Saadiah atau nama sebenarnya, Satyah Baharum pernah digelar Ratu Box Office atas lakaran jaya filem-filem lakonannya bersama aktor hebat ketika itu seperti P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, S. Kadarisman dan ramai lagi.
Af-fatihah juga buat insan seni beragama Islam yang telah pergi mengadap Illahi.
Foto : Instagram Kak Ogy