Tidak dinafikan, kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dilalui dan itulah yang dihadapi penyanyi Aril Pilus.
Baru-baru ini, Aril mendedahkan dia ada bercerita mengenai arwah abangnya, yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Izwan Pilus kepada anak lelakinya, Tun Adriel Mikael.
“Ceritanya bila anak dah tanya siapa kat cd dia pegang tu, aku cerita la segalanya, haha next post ada video tengok lah Posted @withregram • @puteriedlinda
“Mikael terjumpa cd Album arwah pakngah, mikael tanya ni siapa? and first time daddy @arilpilus tell mikael tentang arwah pak ngah.
“Terus dia cry sambil hug cd album arwah pakngah #AlFatihahIzwanPilus
#IzwanPilusDalamKenangan
“Mikael birthday sama tarikh birthday dengan arwah pakngahnya Allahyarham Khairil Izwan Bin Pilus 24 November 2015,” tulisnya.
View this post on Instagram
Imbas kembali, arwah Izwan atau nama penuhnya, Khairil Izwan Pilus meninggal dunia pada 21 Januari 2012 akibat penyakit kencing tikus ketika berusia 32 tahun.
Foto: Instagram Aril Pilus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI