“Aku Cuai Tadi, Penat Baru Habis Gym,” – Terlupa Imbas Kod MySejahtera Ketika Sahur, Aisar Khaleed Kena kompaun RM1,500

Share

Pelakon meningkat naik dan personaliti media sosial, Aisar Khaleed mendedahkan dirinya telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara tidak mengimbas ‘qr code’ di aplikasi MySejahtera ketika sedang bersahur di sebuah restoren pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, Aisar mengakui kesalahan tersebut adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mengambil serius akan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu.

Katanya lagi, pada ketika itu, dia berasa agak letih sehingga terlupa untuk mematuhi prosedur operasi standard yang kini telah menjadi norma baru di kalangan masyarakat.

@aisarkhaleddKena Saman Tak Scan MySejahtera 😭 dah ingat tadi buat buat lambat haa kena Rush 👮‍♀️ ##mysejahtera ##fyp ##sahur♬ original sound – aisar_khaledd

“Tengok ni guys, makanan pun dah habis. Tadi aku tengah bersahur, tiba-tiba tu dia…tadi aku kena serbu dengan polis.

“Tapi itu memang kesalahan aku la sebab aku tak scan MySejahtera tadi. Jangan contohi macam saya. Saya cuai tadi penat baru habis gym

“Aku penat sangat sampai terlupa. Meja scan pun dekat dalam. Haa nampak tu saya kena RM1500. Aduh, pening kepala,” katanya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah video berdurasi hampir seminit yang dimuat naik di aplikasi Tiktok.

Selain Aisar, dua individu lain yang datang bersamanya turut dikenakan kompaun yang sama.

Ke semua mereka difahamkan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1500 setiap seorang.

Setakat ini video tersebut telah pun meraih hampir 90,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Namun apa yang menarik perhatian MH, akaun Tiktok Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) turut dilihat ada meninggalkan komen menasihati Aisaar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“Jangan buat lagi tahu,” tulis pegendali akaun tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon pelbagai sebaik menonton video tersebut.

“Orang berduit bila kena saman relax-relax je. Kalau aku ni dah termenung kat meja tu hilang selera makan. 1.5K bos bukan seringgit setengah,” kata seorang pengguna Tiktok.

“Kalau la kita ditimpa masalah, kita reda dan happy macam ni and tak give up. Allah pasti suka kan. Allah suka pada yang tak putus asa. Tapi jangan repeat okay,” tulis seorang individu.

“The most expensive sahur,” komen individu lain pula.

Sumber: Tiktok Aisar Khaleed

Published by
Aizam Manaf