
Tidak dinafikan, ramai pengguna media sosial sudah mengikuti trend dan mengunakan aplikasi media sosial TikTok sebagai satu platform hiburan.
Baru-baru ini, pelakon Ery Putra meluahkan rasa apabila ada segelintir penguna aplikasi tersebut melakukan aksi kurang senonoh dan tidak sopan.
Malah, pelakon ini menyifatkan perkara tersebut agak keterlaluan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada pengguna lainnya.
“Emm aku player tik tok gais kadang benda2 ni buat org pandang rendah pada user tik tok nape sampai cam ni maaf la.
“Aku jantan gk tapi kalau sampai cam ni nk kan like xyah la gais kesian muslimah lain.. org bukan muslim tgok depa ckp apa plak kat org muslim.
“Diaorang non muslim pun xbuat cam ni gais..this is to much for me… sorry i dislike this user,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by My Name Is Pyro🔥 (@errypu7ra) on
Video: Instagram Erry Putra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uqasha Teruja Bawa Kamal Tunai Umrah Pertama Kali – “Demi Panjatkan Kesyukuran Atas Doa Jodoh Yang DimakbulkanNya.”

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bakal menunaikan umrah pada 23 Disember depan bersama suaminya Kamal Adli sebelum merancang untuk berbulan madu selepas itu.
Menurut Uqasha, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.
“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja.
“Kemudian ketika kami berkampung di Melaka selama lima bulan, alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga.
“Pada masa itulah, kami sedang mengenali hati budi dan berdoa di depan Kaabah. Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.
“Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya.
Sementara itu, Kamal turut sama teruja dan tidak sabar untuk sama-sama ke tanah suci bersama isteri tersayang.
“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu empat cahaya mata jika diizinkan.
Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata awal.
“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil dalam masa terdekat. Hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.
“Kalau ada (rezeki anak), adalah. Kalau boleh menurut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mengumumkan mengenai pernikahan mereka dalam satu sidang media yang De.Wan 1958, Kuala Lumpur pada Selasa.
Majlis dilangsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan selebriti popular ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Pantas Menjawab, Mungkin Akan Dipengaruhi Emosi Sendiri,” – Neelofa, Kaka & Awal Sepakat, Minta Pandangan Lain Kawal Krisis

Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, artis harus mendapatkan pandangan orang lain sebelum memberikan maklum balas terhadap sesuatu isu atau kontroversi.
“Sebagai selebriti, kita tak lari daripada kontroversi namun kita harus tahu jalan terbaik untuk mengendalikan krisis. Sebelum menjawab atau memberi respons, saya selalunya akan mendapatkan pandangan orang lain.
“Saya kena bertindak mencari jalan terbaik dan tidak boleh memberi maklum balas secepat mungkin. Jika saya pantas menjawab, mungkin ia akan dipengaruhi emosi sendiri, jadi pandangan pihak lain sangat diperlukan,” kata Neelofa.
Awal yang memberi pandangan sama turut mengakui di zaman media sosial ini, selebriti perlu lebih berhati-hati.
“Sebagai selebriti, kita menjadi perhatian ramai. Artis perlu memberikan contoh baik dan artis juga mempunyai imej yang harus dijaga. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan krisis kerana jika silap langkah, pastinya ia akan memburukkan reputasi.
“Bertanya kepada orang sekeliling atau mereka yang lebih pakar. Seperti saya sendiri, saya akan sering merujuk kepada isteri, Scha Alyahya. Selain itu, saya juga merujuk kepada rakan-rakan wartawan yang lebih arif,” kata Awal.
Neelofa dan Awal ditemui pada acara Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Bangi pada Isnin.
Menjadi ahli panel untuk program terbabit, Neelofa dan Awal turut ditemani oleh Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.
Kehadiran Neelofa, Awal dan Raqim dalam program bual bicara ini untuk melengkapkan keperluan kursus Komunikasi Krisis pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi.
Majlis turut dihadiri oleh Prof Dr Kadaruddin Aiyub selaku Dekan FSSK dan Dr Ammar Redza Ahmad Rizal selaku pensyarah kursus Komunikasi Krisis merangkap Penyelaras Strategi FSSK.
Memberikan komen dari sudut organisasi, Raqim dan pasukan mempunyai cara tersendiri sekiranya berhadapan dengan krisis.
“Ada krisis yang memang dalam jangkaan, ada juga isu yang timbul di luar jangkaan. Sekiranya situasi yang memang kita jangka itu berlaku, sebagai organisasi, masalah perlu diselesaikan dengan pantas dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
“Namun, jika situasi luar kawalan terjadi, masa yang tepat perlu diambil menjawab atau menyelesaikan sesuatu krisis. Maklum balas yang diberikan tidak boleh terlalu cepat dan tidak boleh juga terlalu lambat.
“Jika terlalu awal, mungkin ia dipengaruhi emosi dan mungkin semua aspek belum diteliti. Jika terlalu lambat pula, mungkin polemik lain akan timbul di laman sosial, lebih-lebih lagi di zaman telefon pintar ini. Jadi, pentingnya komunikasi berkesan untuk menyelesaikan krisis agar reputasi selalu terjaga,” kata Raqim.
Selain Neelofa, Awal dan Raqim, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Kaka Azraff selaku penyanyi jemputan menyampaikan lagu Bawa Aku Pergi.
Majlis turut dimeriahkan dengan pameran Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kelebihan Tidak Akan Melebihi Kekurangan,” – Kini Jadi Isteri Orang, Sheila Rusly Titip Pesanan Bermakna Buat Ayda Jebat

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada menitipkan kata pesanan dan nasihat kepada pelakon Ayda Jebat yang sudah bergelar isteri pada Jumaat lalu.
Di samping berkongsi foto ketika menghadiri majlis pernikahan Ayda yang berlangsung di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sheila berpesan agar pasangan ini mengamalkan sikap toleransi dalam rumah tangga di ruangan kapsyen entri tersebut.
“1.1.2021 Ingat pesan mama. Kelebihan tidak akan melebihi kekurangan. Bukan semua yg adik cakap adik buat adik rasa betul.
“Bukan semua yg Nabil buat Nabil cakap adik rasa salah. Mama sayang adik tau!
“#bilaaydajatuhcinta #sentiasabersyukur #alhamdulillah @aydajebat @nabilmahir,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ayda telah mengikat tali pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir pada 28 April lalu.
Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri dan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021.
Foto: Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI