“Aku Kalah,” – Disoal Anak Maksud ‘Sufaha’ Dalam Bahasa Arab, Ozlynn Buang Malu & Ego Sebab…

Share

Sering berkongsi tips dan kisah kekeluargaan, pelakon Ozlynn baru-baru ini ada memuat naik gambar anaknya Ariq yang sedang membaca ayat suci Al-Quran.

Malah, Ariq ada bertanyakan soalan tentang maksud dalam Bahasa Arab.

“My partner subuh! ngah ngaji tetibe dia tanya maa, Sufaha tu apa?? Kita ngah ngaji trus mcm huh?? Sb x focus apa soalan dia.. tetibe dia jawap org2 yg bodoh.

‘Kita lagi mcm aik? Abg ckp apa.. dia gelak.. n jwp “ hahaha xde la saja jek nak ulangkaji ngan mama.. nak tgk mama tau ke x…” eh anak bertuah nih.. kita dia nak uji nya.. kita pun bg balik.. main uji2 minda,” kongsi Ozlynn.

Dalam pada itu, Ozlynn akui bahawa dia ‘tewas’ dengan anak sulungnya itu kerana tidak berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.

“Jujur la aku kalah.. sb tu aku bgtau anak aku.. jgn tinggal quran.. syg mama sblm nih jarang pegang.. dh merangkak mencari makna balik.. sejujurnya bkn itu yg aku nak kongsi.

“Dari sudut positif yg boleh kita ambik, usia tidak menjaminkan apa2.. kadang ada benda kita belajar dari anak.. jgn malu.. buang ego.. sb selama hidup nih x sume benda kita tahu.

“Ibarat masa skolah kelas apa yg kita amik.. sama juga dgn kehidupan, kita akan terima ujian dan belajar benda baru.. budak ingatan dia bagus.. so kdg aku tanya dia.. jadi saling mengingatkan.

“Haaa jangan masok bapak dia.. pegang rotan manjang.. kdg tersalah atau terlambat bg terjemah pon kena bebel.. pesanan buat diri sendiri.. jgn ada yg terasa hati.. moga kalian semua dilimpahkan rezeki, kasih syg Allah dihati,” tulis Ozlynn sambil disertakan hashtag #letsngaji.

Lalu, netizen telah memberikan respon terhadap perkongsian ibu beranak lima ini.

Foto : Instagram Ozlynn

Published by
MH