Jangan ditanya mengenai berat wanita kerana ia merupakan satu perkara yang sensitif.
Tapi, lain pula bagi pelakon Zara Zya yang kerap memuat naik video sedang menikmati makanan yang enak dan lazat.
Terbaru, pelakon Monalisa itu telah berkongsi video yang melihatkan dia sedang makan nasi lemak.
Susulan itu, Jihan Muse telah memberikan respon terhadap video tersebut.
“Aku sampai kena cut nasik sbb GV punya pasal. Dia ni hari2 mencekik nasi lemak tp sekeping je. Sakit pulak hati kita,” tulis Jihan.
Lantas, netizen turut bersetuju dengan pendapat Jihan yang menganggap bahawa Zara memiliki badan yang slim, meskipun dia kuat makan.
Terdahulu, Zara sering berkongsi video sedang menikmati makanan dengan selamba dan santai tanpa memikirkan berat badanya menerusi Instagramnya.
Video : Instagram Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Persembahan Saya Tidak Bagus Dan…,” – Sham Visa Perjelas Punca Suara Kedengaran Serak
Penyanyi yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia, Sham Visa mengakui mengalami sakit tekak hingga menjejaskan persembahan lagu Terima Kasih Cinta yang dipopularkan oleh Agfan pada saingan minggu kelima Gegar Vaganza 6 (GV6).
Menerusi saingan Ahad lalu, bintang berusia 47 tahun itu menduduki ranking kelapan dengan mengumpul markah keseluruhan 53 peratus dari 10 peserta yang masih meneruskan saingan.
“Hari ketiga saya alami masalah ini, saya rasa panas dan sakit di bahagian tekak. Di luar kawalan saya.
“Memang risau, tapi meski dalam kepayahan saya tetap mahu melunaskan tanggungjawab habiskan lagu itu,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi atau berada dalam tekanan, bapa kepada dua cahaya mata ini tidak menafikan perkara tersebut.
“Sudah tentu… Sebab ia menyakitkan. Sedikit-sebanyak dari perspektif saya sebagai orang yang sudah lama tidak menyanyi dan sertai pertandingan itu adalah serba-sedikit.
“Akan tetapi kini sudah pun minggu kelima saingan dan saya sudah mula biasakan diri dengan perjalanannya,” jelasnya.
Pada masa sama, Sham turut mengakui ada terfikir mungkin namanya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor persembahan yang kurang meyakinkan pada ketika itu.
“Ada… Sebab jelas persembahan saya tidak bagus dan andai itu berlaku saya bersedia,” katanya sambil turut memberi dedikasi tidak terhingga buat peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanannya di GV6.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seperti Adik Dan Kakak,” – Penampilan Anak Sulung Rossa Jadi Perhatian Sempena Hari Jadi Ke-15
Orang Malaysia pasti tidak asing lagi dengan Dato’ Rossa. Penyanyi yang berasal dari Indonesia ini antara selebriti tanah seberang yang berjaya memahat namanya di kalangan penggemar muzik tanah air.
Lagu-lagu popular dendangannya seperti Pudar, Tegar, Hati Yang Kau Sakiti dan Terlanjur Cinta menjadi siulan ramai. Terbaharu khabar mengenai wanita bersuara emas ini, dia baru sahaja meyambut ulangtahun kelahiran putera sulung dan tunggalnya, Rizky Langit Ramadan yang ke-15.
Menerusi muat naik video reels di Instagram gambar-gambar Rizky ketika kecil, wanita berusia 43 tahun ini berkata, “Selamat Hari Jari Rizky Langit Ramadan. Semua doa yang baik untuk kamu. Sayang kamu selamanya.”
Menerima banyak ucapan ulang tahun dan doa yang baik -baik. Rossa kemudiannya membalas doa yang dikirimkan secara umum kepada semua.
Ucapnya dalam satu hantaran lagi di Instagram, “Happy Birthday (not so) baby boy. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik dari semuanya. Sesungguhnya aku dan Rizky beruntung kerana banyak yang mendoakan. Semoga yang sama untuk semua ya. Kekal Sihat dan kekal gembira.”
Menarik perhatian warganet dek ketinggian dan juga ketampanannya dengan penampilan rambut panjang paras bahu.
Rakan-rakan selebriti lain seperti Yuni Shara turut meninggalkan komen menyatakan yang ibu dan anak ini kelihatan bagaikan adik dan kakak, manakala Sandra Dewi pula berkata yang Rizky kelihatan tampan sekali.
Rizky Langit Ramadan yang merupakan anak hasil perkongsian hidup Rossa dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo Padi. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai pada 2009.
Sumber & gambar: Instagram Rossa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Lafaz, Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Bergelar Suami Di Penghulu Segala Hari
Penghulu segala hari, Jumaat menjadi momen paling bermakna buat pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin apabila selamat diijabkabul bersama wanita pilihan, Nurida Suraya dengan sekali lafaz.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu.
“Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya,” tulis Datuk Seri Siti.
Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.
Tahniah buat pasangan raja sehari ini dari MH, moga kekal hingga ke jannah.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI