“Aku Kerjakan Pengiktirafan Manusia, Di Sinilah Aku Berambut Putih,” – Hazeman Huzir Undur Diri Jadi Hos Motif Viral, Kian Dalami Ilmu Agama

Share

Baru-baru ini, pengacara Hazeman Huzir mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengacara program hiburan, Motif Viral.

Kongsinya, dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan memperlahankan kariernya dalam industri hiburan, khususnya bidang pengacaraan berbentuk hiburan.

Hazeman baru-baru ini diundang sebagai tetamu jemputan dalam program Borak Kopitiam yang dihoskan oleh Zack Merican dan Dayah Bakar, mengupas mengenai pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral.

“Seperti yang diberitahu, sekarang ini saya ingin mendekati agama. 

“Antara beberapa proses yang saya perlu lalui adalah melebihi akhirat dan mengurangkan sedikit keduniaan.

“Bukanlah nak cakap “aku tak keluar TV langsung, saya masih lagi dalam karier, saya bukan bersara”

“Kadang-kadang apabila kita masuk dalam kerja sebagai pengacara ini, niat kita adalah untuk menjadi popular dan dikenali.

“Tapi kadang-kadang saya ingin perbetulkan niat itu terlebih dahulu untuk mmeberi manfaat sebelum orang mengenali saya kerana rancangan tersebut saya buat dengan niat sebegitu dan saya tak mahu niat tersebut terbawa-bawa sampai sekarang,” kata Hazeman.

Terdahulu, pengacara itu mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral telah memberi 1001 kenangan baginya dalam mengendalikan program hiburan sedemikian.

“Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.

“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran.
Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia.
Di sini lah aku berambut putih.

“Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan.

“Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama.

“Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official
@putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab.

“Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu.

“Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah.

“Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai.

“Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian,” tulisnya sambil disertakan foto bersama barisan pengacara Motif Viral. 

Foto : Instagram Hazeman Huzir

Published by
Amynur Akmal