Model ternama dan juga pelakon Indonesia, Paula Verhoeven beberapa hari lepas mengejutkan para peminat dengan penampilan terbaharunya yang lebih manis dan sopan, sekaligus mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijab.
Malah, isteri kepada pelakon sinetron, Baim Wong ini turut mengaku bahawa dia amat menyesal kerana tidak mengambil langkah untuk mempelajari agama dan berhijab lebih awal.
“Hidayah Harus Dijemput, Aku Takut Mati,” – Isteri Baim Wong
“Kalau bisa muter waktu sebenarnya aku nyesel kenapa nggak dari dulu ya aku belajar agama. Waktu kita nggak banyak loh di sini,” ungkap
“Kalau boleh putar kembali masa, aku menyesal kenapa tidak dari dulu aku mempelajari agama. Waktu kita di sini (dunia) tak banyak,” ujar Paula Verhoeven sambil menitiskan air mata penyesalan ketika ditemubual menerusi sebuah video di laman Instagram @nabillasyal
Sehubungan itu, ekoran takut akan kematian, Paula mula terniat untuk mencuba memakai tudung dan menutup aurat selama 40 hari terlebih dahulu.
Ads
Setelah itu, hatinya merasa begitu hatinya yakin dan lebih selesa dengan penampilan menggayakan busana muslimah dan fesyen patuh syariah, Paula terus meminta keizinan suami tercinta, Baim Wong menyatakan hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.
Baim Wong Tak Pernah Paksa, Syukur Isteri Terima Hidayah Berhijab
Di sisi lain, Baim Wong menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan gembira terhadap keputusan bidadari hatinya itu untuk berhijab dan berharap agar isterinya dikurniakan hidayah untuk kekal istiqamah menjalankan tuntutan agama.
Ads
“Masyaallah, mudah-mudahan menjadi hidayah buat dia (Paula Verhoeven), amin, insyaallah,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim lagi, dirinya selalu berusaha untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam dan muslimat agar mampu menjadi suri teladan dan contoh terbaik buat isteri dan dua puteranya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
“Saya tidak pernah mengajarkan atau memaksa, lebih ke arah praktikal dengan melakukan. Dia (Paula) melihat, dari mula solat, kemudian mempunyai keinginan untuk berhijab.
Ads
“Dia melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dia melihat keindahan Islam dengan matanya dan akhirnya dia minta saya titipkan doa buat dirinya,” ujar Baim Wong.
Nona mendoakan agar, penghijrahan yang dilakukan oleh Paula dirahmati Allah dan dikurniakan istiqamah agar tidak berpaling semula kepada kehidupan yang lampau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Jika sebelum ini Adele membuat hantaran terharu kerana tidak sangka Celine Dion hadir ke malam persembahannya, kini giliran penyanyi lagu My Heart Will Go On itu pula meluah rasa.
Dalam satu hantaran terkini di Instagram, Celine memuat naik gambarnya bersama Adele yang datang kepada dirinya saat dia sedang menonton persembahan penyanyi itu.
Menerusi hantaran tersebut dia menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana kehadirannya disambut baik oleh Adele apatah lagi disaji pula halwa telinga dengan alunan vokal dan lagu yang memukau.
“Adele, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana mengalu-alukan saya dan keluarga saya kembali ke Colosseum untuk persembahan anda yang menakjubkan!
“Persembahan anda hebat, produksinya sangat indah. Kami suka melihat anda dan mendengar anda menyany, ia merupakan malam yang penuh emosi untuk kami semua.
“Muzik anda beri impak dalam hidup saya, ia sangat penting bagi saya, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya berharap semua impianmu menjadi kenyataan dan semoga kamu mempunyai ruang untuk melakukan apa yang membawa kebahagiaan, termasuk mengambil rehat yang berhak kamu dapatkan.
“Kamu benar-benar satu dalam sejuta. Kamu layak mendapat setiap kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih untuk segalanya, Adele,” tulis Celine.
Sekadar info, persembahan di The Colosseum di Caesars Palace, Las Vegas yang dinamakan Weekends With Adele akan berakhir kelak. Penyanyi popular itu dijadualkan mengadakan persembahan terakhirnya pada hari Sabtu, 23 November 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah bercerai dengan bekas suaminya, Simon Konecki, pada tahun 2019, Adele telah tampil dengan perubahan yang cukup mengejutkan industri hiburan antarabangsa dengan penampilannya yang baharu.
Dia yang sebelum itu cukup sinonim dengan penampilan plus size membuat transformasi dengan mengurangkan 45-kilogram berat badan. And she looks so gorgeous!
Semakin hari semakin berseri, itulah yang sesuai diperkatakan mengenai penyanyi bersuara emas ini. Baru-baru ini dia memuatnaik gambar penampilan terbarunya dalam persalinan busana mewah jenama Schiaparelli yang menunjukkan bentuk tubuhnya yang semakin langsing dan wajahnya yang semakin meruncing. Memang jauh berbeza dengan penampilannya yang terdahulu.
Paling menarik perhatian dia juga turut memuatnaik gambar pertama bersama teman lelaki baharunya, Rich Paul. Dalam hantaran tersebut penyanyi berusia 33 tahun ini hanya meletakkan simbol ‘love’ sebagai deskripsi bagi hantarannya itu.
Perkara ini cukup untuk memberi kata putus kepada umum mengenai status hubungannya dengan agen sukan tersebut, yang mana sebelum ini dia dilihat menonton perlawanan bola keranjang NBA bersama-sama.
Pasangan ini mula dilihat meluangkan masa bersama pada Julai tahun ini. Sedikit informasi mengenai kekasih baru pelantun lagu ‘Hello’ ini, Rich merupakan seorang agen sukan terkenal yang mewakili ramai atlet termasuklah LeBron James menerusi syarikatnya, Klutch Sports Group.
Hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya yang terdahulu, Adele memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun. Dia dan bekas suaminya telah bersetuju untuk bersama-sama membesarkan anak mereka biarpun mereka sudah bercerai. Ini bermakna mereka berkongsi hak penjagaan dan juga hak legal terhadap cahaya mata mereka itu.
Tahun ini menyaksikan majlis gilang gemilang International Indian Film Academy Awards (IIFA) 2024 dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam edisi ke-24 anugerah itu, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan mencipta fenomena tersendiri apabila masing-masing sekali lagi menggondol anugerah pelakon terbaik bagi kategori wanita dan lelaki.
Rani memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk kali keempat, manakala Shah Rukh Khan pula memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kelima.
Rani yang cemerlang membawakan watak Debika Chatterjee menerusi filem Mrs. Chatterjee vs Norway mengalahkan pelakon lain seperti Alia Bhatt, Taapsee Pannu, Kiara Advani dan Deepika Padukone.
Sebelum ini Rani pernah memenangi anugerah yang sama selama tiga tahun berturut-turut pada 2005, 2006 dan 2007.
“Menerima anugerah ini di IIFA terasa lebih istimewa kerana ia mengesahkan fakta bahawa Mrs. Chatterjee vs Norway memberi impak secara global dalam hati orang ramai.
“Kejayaan filem ini mengesahkan kuasa penceritaan yang abadi dan bahasa universal kasih sayang ibu dan ketabahan seorang manusia,” kongsinya.
Bagi Shah Rukh Khan yang digelar Raja Bollywood, kemenangannya kali ini adalah menerusi watak Kapten Vikram Rathore dalam filem Jawan. Bapa kepada tiga cahaya mata ini mengalahkan pelakon hebat lain seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Sunny Deol dan Vicky Kaushal.
Seperti Rani, Shah Rukh Khan pernah menang anugerah yang sama bagi edisi 2003, 2005, 2008 dan 2011.
Ketika memberi ucapan saat menerima anugerah, Shah Rukh Khan banyak berterima kasih kepada isterinya kerana bersama-sama mengharungi momen yang tidak menyenangkan saat penggambaran filem Jawan.
Dipercayai, momen tersebut bersangkut paut dengan kes dadah yang melibatkan anak sulungnya, Aryan Khan.
IIFA 2024 bukan sahaja meraikan kehebatan Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee, tetapi juga memberi penghormatan kepada ramai bakat lain yang menyumbang kepada pencapaian sinema sepanjang tahun ini.
Dari persembahan yang memukau hingga momen emosi di pentas, acara ini merupakan penghargaan gemilang terhadap seni penghasilan filem Bollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.