Pelakon Idzham Ismail berharap agar wabak penularan koronavirus (Covid-19) dapat berakhir segera.
Menurutnya, dia mahu menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan tenang dan gembira bersama keluarga.
“Ya Allah, Aku mohon tiada lagi perasaan takut untuk keluar semula .
“Aku mohon untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira bersama keluarga tercinta .
“Aku nak pergi ke bazaar Ramadhan untuk jamu keluarga dengan juadah berbuka Puasa .
“Aku mohon untuk diberikan semula kenikmatan kunjung mengunjung di Hari raya Aidilfitri .
“Aku mohon untuk bersalam salaman sesama manusia semula .
“Aku mohon kegembiraan yang dahulunya kami alpa dan ambil sambil lewa .
“Aku mohon untuk kebebasan keluar tanpa rasa curiga,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Juvana itu merayu agar rakyat Malaysia berkerjasama dalam usaha mengawal penularan COVID-19.
“Kepada semua yang perlu ke saringan , kami merayu untuk pergi dan lakukannya , tidak akan dihina jika ada tanda , kami berbangga jika semua memberikan kerjasama .
“Sama sama lah kita jadi rakyat yang saling fikir antara satu sama lain. Sekarang bukan masa untuk kepentingan diri sendiri lagi . .
“Rindu kan masa kita boleh keluar lepak , jumpa orang tegur menegur , pergi kerja cari rezeki untuk keluarga,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China susulan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran tempatan.
Foto: Instagram Idzham Ismail
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI