Usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli tampil menjawab persoalan seorang pengguna Instagram susulan pendedahannya mengenai keakraban hubungan bersama bekas majikannya itu.
Menurut Iqbal, jika hubungan mereka tidak serius, dia tidak akan membawa pengasas kosmetik itu untuk bertemu orang tuanya sebelum ini.
Perkongsian tersebut dibuat Iqbal selepas menerima satu komen yang mahukan kepastian mengenai tarikh pernikahan, dan bukanlah mengenai ‘hampir kahwin’ sepertimana yang diperkatakan.
Reaksi yang ditinggalkan itu sekali gus menarik perhatian usahawan terbabit.
“Di post terbaru, komen ini menarik perhatian saya (walaupun fake account).
“Mereka perlu tahu, Dato Seri Vida bukan orang awam. Juga mempunyai sejarah perkahwinan sebelum ini. Jika tidak serius, tidaklah saya bawa ke kampung bertemu Ummi. Logikkah kami melayan drama lebih 5 tahun? Tidakkah itu memenatkan? Lebih baik berkahwin sahaja dari dulu.
“Di belakang Dato Seri Vida, ada ramai pihak lagi yang harus diambil kisah agar kami semua hidup dengan tenang.
“Rutin harian, tanggungjawab kami tidak serupa mereka. Kami bercinta bukan sama seperti cinta monyet yang hanya membuang masa. Kami sangat sibuk dengan hal-hal penting lain,” balas Iqbal.