Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zain Rashdan atas komen serta status berbaur penghinaan terhadapnya.
Menurut Elizad, dia sebelum ini jarang untuk mengambil berat soal komen yang ditinggalkan individu tidak dikenali, sehinggalah hatinya kesal selepas didakwa mandul.
“Di mulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim . Pertamanya, jarang2 aku ni melayan komen2 “ bodoh “ mcm ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad.
“Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke x? Boleh beranak ke tak?!! Menggigil, terketar tgn ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat2 sgt! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat?!,” tulisnya.
Di dalam kapsyen panjang tersebut, Elizad turut menjelaskan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Malah, dia sendiri tidak pernah putus usaha ikhtiar mendapatkan zuriat.
“Im crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke x? Pernah kerjasama dgn aku ke?Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
“Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention! Im happy with my life. Dapat anak ke x ke, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that “ MANDUL “ word to me!
“Kau tahu tak? Aku struggle mcm nak mati nak dpt kan zuriat sendiri! Hari2 dlm solat menangis2, mintak pada Allah jgn biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sbb takde peneman umur dah mcm ni.
“Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU, senang2 PUKIMAK KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL!
“Apa aku rasa? Family aku rasa? Org yg tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK! Kau simply boleh ckp aku MANDUL & PUKIMAK?,” tulisnya lagi.
Akaun tersebut meninggalkan komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan dan turut membuat status di Facebooknya iaitu;
“Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.”
Sehubungan dengan perkara tersebut, bekas penyampai radio itu telah membuat laporan polis dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pihak yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Jarang aku amik port & x maafkan org. But not this time! Luluh hati ni, sedih sgt2! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil.
“Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yg membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi. Buat Brother yg backing saya dlm video tanpa saya kenali anda, terima kasih byk2.
“Juga mereka yg sentiasa menyokong & memberi kata2 semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda. Selebih nya, tgu esok utk tindakan selanjutnya, cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_ P/s: ZAIN RASHDAN, kau cuit salah org,” tulisnya lagi.
Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu sebelum ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.