
Lucu bila melihat rakaman klip video yang dikongsi di Instagram Lofa Videos menunjukkan Zizan sedang berborak dengan Neelofa menerusi IG Live.
Zizan cuba bergurau memanggil Lofa sebagai Pa dan disambut pengacara MeleTop ini dengan tawa besar.
Kata Zizan sewaktu memandu dan membuat live, tiba-tiba dia teringatkan Neelofa dan kebetulan wanita itu terus mesej dirinya.
“Ey panggil Pa ni, aku napar key,” jawab Lofa sambil ketawa.
Lebih teruja apabila Zizan tersasul mengucapkan I Love You kepada Lofa.
Netizen terhibur apabila melihat kedua-duanya berborak dengan loghat Pantai Timur.
Malah ada yang mendoakan Zizan dan Lofa agar berpasangan. Comel betullah kata-kata dan harapan netizen ni.
Foto – Instagram Lofa Videos
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Jadi Peguam Pun Untuk Bercakap Hal Ini, Kena Ada Otak Je,”- Teruk Dikecam Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Tak Terkesan

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad akui tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan oleh segelintir pihak gara-gara lantang bersuara mengenai isu ganguan seksual terutamanya melibatkan kanak-kanak sejak akhir-akhir ini.
Menurut Uyaina, kecaman tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Saya berada di dalam industri ini bukannya baru semalam. Orang boleh berkata apa sahaja, saya sudah lali. Kadang kala, bila kita tak ambil tahu, ada juga baiknya.
“Setiap kecaman, makian, kritikan dan kutukan, saya terima. Saya tak serik untuk bersuara lagi,” katanya kepada MH.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36 di Courtyard By Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Uyaina turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang masih mempertahankan tindakan ‘Abang Bas’ yang sebelum ini ditahan atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak terhadap kanak-kanak perempuan.
“Pada saya, ini adalah cabaran untuk mendidik masyarakat. Saya bukan nak suruh orang dengar cakap saya sebab saya ada latar belakang dalam bidang perundangan.
“Tak perlu jadi peguam pun untuk bercakap tentang perkara ini. Kita kena ada otak sahaja. Perkara ini sudah ada di dalam akta dan bukan saya yang gubal akta tersebut.
“Apa yang individu itu lakukan adalah salah di sisi undang-undang. Siapa saya untuk bercakap sesuka hati? Saya cakap berdasarkan fakta.
“Nak cakap saya ‘terpaling’, terpulanglah. Saya cuma nak pupuk kesedaran,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai reaksinya bila ada pihak yang memberikan sumbangan untuk mengumpul wang ikat jamin ‘Abang Bas’, Uyaina berpandangan setiap orang berhak mendapatkan pembelaan.
“Itu duit mereka. Saya selalu percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman. Ini adalah undang-undang yang terpakai untuk semua orang.
“Alhamdulillah, ada peguam yang mahu mengambil kes dan membela ‘Abang Bas’ secara probono. Itu adalah hak asasi yang perlu diberikan kepada semua orang.
“Kita berhak mendapatkan peluang untuk mempertahan diri sendiri. Saya tidak menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’. Itu adalah tugas mahkamah. Saya di sini hanyalah untuk memberi kesedaran,” akhirinya.
Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang merakam video pelajar sekolah.
Menurutnya, perbuatan tersebut dilihat boleh menyumbang kepada jenayah melibatkan kanak-kanak.
Pemandu bas lebih dikenali sebagai ‘abang bas’ itu didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan semalam dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ melahirkan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkaitan Abang Bas dalam media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malas Sebenarnya Nak Masak, Tapi…,” – Muliakan Suami, Fasha Sandha Tetap Tunai Tanggungjawab Seorang Isteri

Pelakon jelita, Fasha Sandha kini semakin rajin berkongsi momen memasak di dapur setelah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.
Sinonim dengan tanda palang #taksempurnabyfashasandha, bintang ini tak jemu berkongsi cerita perihal memasak bersama peminat.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kadang-kadang dirinya tiada ‘mood’ untuk masuk dapur, memasak.
Namun, sebagai seorang isteri Fasha tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya.
“Hampa masak apa? kami masak ni.
Encik Suami kata dia suka kami masak, kami malas sebenaqnya nak masak,
“tapi demi suami dan anak2, ku gagahkan diri
#taksempurnabyfashasandha,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Fasha dalam menguruskan hal rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu.
Kini, Fasha sedang hamil anak ketiga bagaimanapun aktres jelita ini tidak memaklumkan usia kehamilan kepada umum.
Video: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video PU Riz Baca Al-Quran Jadi Sorotan, Suara Sedap Dipuji Netizen… Semoga Yang Dikongsi Beri Manfaat & Kebaikan

“Masya-Allah, sedapnya suara.”
Demikian antara komen pengguna laman sosial sejurus mendengar dan menonton video bacaan ayat suci al-Quran yang dimuat naik pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menerusi Instagram baru-baru ini.
Mencuri tumpuan, PU Riz, 29, dilihat mencari ruang gema di suatu sudut bangunan lalu membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 yang turut dikongsikan maksudnya.
Di dalam video sama, suami kepada Neelofa itu juga ada menitipkan pesan supaya digalakkan semua untuk mengetahui maksud di sebalik ayat al-Quran yang dibaca.
“Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.
“Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.
“Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.
“Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala?
Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca,” katanya.
Membalas terhadap komen yang memuji kelunakan suaranya, PU Riz berkata, itu adalah anugerah Allah selain turut masih lagi belahar dari segi alunan bacaan al-Quran.
“Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.
“Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini,” katanya lagi.
Menerusi hantaran lain, PU Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI