Selepas memuat naik posting serta Insta Stories mengenai kekesalannya terhadap seseorang yang dianggap sebagai sahabat, Datin Seri Umie Aida akhirnya bertindak memadam posting berkenaan.

Bagaimanapun, sejurus memadamkan status tersebut, bintang Dukun itu sekali lagi berkongsi sebab atas apa yang telah dimuat naik.

Namun, status di Insta Stories itu difahamkan turut dipadam selepas beberapa ketika.

Jelas Umie, dia tidaklah mahu aibkan sesiapa, tetapi dia turut mempunyai hak untuk meluahkan rasa sakit dan kecewa.

“Aku bukan nak aibkan sesiapa.. tapi aku juga ada hak luahkan rasa sakit.. kecewa.. bila so called sahabat buat begitu. Dan ini bukan kali pertama dia buat kat aku. Aku pernah maafkan dia dan terima dia semula sebagai sahabatku.

“Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada. Dan aku text dia dgn baik dan merayu utk dengar penjelasan dia.. walaupun ku ada bukti kukuh. Jwpan dia.. Maaf kerana kesilapan itu.. abis maaf sebelum ini apa?

“Takde makna ke? Aku penat bodo .. jadi pemaaf.. tapi org ambik kesempatan atas kelamahan aku. Aku penattt !! Dan aku takmau ckp benda ni lagi. Aku nak move on !! Byeee,” kongsi Umie.

Terdahulu, entri Umie yang menempelak individu yang tidak dinyatakan namanya itu mendapat perhatian para peminat, termasuk rakan selebriti.

Foto: Instagram Umie Aida

Apa Kata Anda