
Pelakon, Redza Minhat menerusi posting terkininya di Twitter dilihat seolah-olah mempersoal bagaimana individu boleh mendapatkan gelaran penceramah atau Pencetus Ummah (PU).
“Aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?”
aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?
— morello (@rdzaminhat) April 21, 2019
Meski tidak menyatakan kepada mana-mana individu, namun ia seakan terarah kepada suatu isu melibatkan penceramah bebas bersama bekas isterinya yang kini viral.
Status tersebut turut menarik perhatian netizen untuk memberikan reaksi.
Komen mereka mudah sahaja, hanya tiga perkara yang diperlukan iaitu jubah, kopiah dan gambar di Mekah.
Malah, tambah netizen lagi, mereka juga perlu mulakan dengan mengkritik golongan selebriti yang menanggalkan hijab untuk dapat gelaran penceramah.
Inilah kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tambahan pula, kita belum mendengar penjelasan sepenuhnya daripada pihak terbabit.
Bimbang, nanti kalau tak betul, timbul elemen fitnah pula
Foto – Twitter Redza Minhat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Saya Ada Buat Salah Kat Semua, Maafkanlah…,” – Jantung Anak Terhenti 10 Minit, Lana Nordin Mohon Doa Kesihatan Anak

Menerusi laman Instagram, Lana Nordin memohon doa netizen untuk anaknya sebelum menjalani pembedahan.
Malah, sedutan daripada video live tersebut turut dikongsi Instagram Makcik Puaka.
Sambil menangis, ibu kepada dua cahaya mata itu memohon maaf andai dia ada berbuat salah kepada sesiapa.
“Sorry kalau saya ada buat salah kat semua orang. Saya minta maaf semua orang. Doakanlah anak saya,” luahnya sambil menangis.
View this post on InstagramLive sebelum pembedahan anaknya di IJN
A post shared by makcik puaka™ (@makcik_puaka) on
Terdahulu William Daud McKienzie yang baru berusia tiga bulan, dikesan mengalami masalah injap jantung atau aortic stenosis.
Pembedahan yang sepatutnya berlangsung terpaksa ditangguhkan dua bulan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit.
Turut berduka cita dengan nasib anak pelakon berusia 10 tahun ini, netizen terus mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.
Memetik laporan Harian Metro, Lana memberitahu anaknya telah dibawa memasuki bilik pembedahan sekitar jam 2.30 petang semalam.
“Ketika pembedahan hendak dibuat, secara tiba-tiba jantung anak terhenti. Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.
“Anak dibawa terus ke unit rawatan rapi bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini,” katanya seperti yang dipetik.
Foto – Instagram Lana Nordin & Makcik Puaka
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“It Was A Priceless Experience” – Neelofa Teman BFF Hingga Ke Bilik Bersalin, Kongsi Pengalaman

Bintang terkenal dan Dewi Remaja 2009/2010 Noor Neelofa semalam ada berkongsi pengalaman dan rasa hormat apabila diberi berpeluang menemani rakan baik, Shameela Seddek saat menantikan detik melahirkan di dalam bilik bersalin.
Menerusi Instagram Stories, usahawan kelahiran Kelantan itu ada menitipkan rasa atau pengalaman yang diperolehi sangat bermakna.
“Congrats Shameela Seddek! Alhamdulillah. It was a priceless experience to be in the delivery room to witness everything.
“So much proud of you,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi media sosial, Lofa sering memuat naik fotonya bersama wanita berkenaan. Malah, mereka juga turut bercuti ke luar negara bersama-sama. Friendship goal sangat kan?
Dalam pada itu, lupa untuk menonton program Dewi Remaja terbaru, edisi 2018/2019 bersiaran setiap hari Ahad, jam 10.30 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berderau Darah Wanita Ini! “Ummi Pula Ada Sakit Jantung Dan Darah Tinggi Ya Allah…,” – Video Ibu Tiba-Tiba Hampir Rebah Dapat Kejutan Rumah Banglo Daripada Anak Viral Di Twitter

Tular baru-baru ini apabila seorang pengguna laman sosial Twitter, yang menggunakan akaun Isskndar Ariffin berkongsi satu rakaman video pendek yang merakamkan aksi seorang wanita yang terkejut dan hampir rebah selepas menerima kejutan istimewa.
Menerusi tinjauan, anak kepada wanita terbabit membuat kejutan berupa sebuah rumah banglo buat ibu tersayang.
Kagum dengan tindakan si anak buat ibu, individu tersebut turut menyatakan rasa terharu atas pengorbanan yang dilakukan.
“Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo.
“Sampai rebahlah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita,” tulis Isskndar.
Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo. Sampai rebah lah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita. pic.twitter.com/D7LsztNKUn
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) April 11, 2021
Video tersebut turut mendapat perhatian pengguna lainnya dan ada yang mendedahkan wanita yang menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo itu rupa-rupanya seorang usahawan yang turut dikenali dikenali di kalangan selebriti tempatan, Juzailah Shriff.
Juzailah juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan, Seri Lady.
Malah menerusi satu posting yang dimuat naiknya menerusi Instagram, Juzaulah mengakui usahanya di dalam membangunkan jenama Seri Lady lebih empat tahun lalu akhirnya berbaloi selepas berjaya menghadiahkan sebuah rumah buat ibu yang dipanggil Ummi.
Malah tulisnya lagi, kejutan yang diberikan juga membuatkan ibunya hampir rebah, sekali gus membuatkan dirinya panik mengenangkan si ibu mempunyai penyakit jantung.
“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat membelikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg.
“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.
“Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal.
“Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi.
“Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!
“Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah. Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya!
“Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik itu! Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi smp nak rebah lemah tadi?
“Ummi jawab ‘bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa’.
“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dkt flat sbb ramai kwn2, senang nak gi terawih dan mengaji,” tulisnya.
Juzailah turut menambah, dia kini lega kerana kediamannya juga tidak jauh dengan rumah baru yang bakal didiami ibu.
“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.
“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini.
“Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi.
“Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu.
“Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami. Ju harap ummi suka rumah baru kita ni, iya hadiah buat ummi.
“Kami anak4 ummi syg ummi dunia akhirat. Semoga yg lihat video dan baca akan dpt manfaat dan akan buat yg sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka.
“P/S: Impian saya nak bantu sesiapa yg ingin ubah kehidupan mereka.. terutama stokis, agent dan dropship Seri Lady realisasikan impian mereka. Mungkin mereka ada simpan hasrat dan impian yang sama,” tulisnya panjang lebar.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu sudah pun menerima hampir 10,000 tontonan.
Foto: Instagram Juzailah Shariff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI