“Aku Pun Nak Jadi PU La, Macam Senang Je,” – Tanya Redza Minhat, Lihat Jawapan Netizen. Memang Makan Dalam!

Share

Pelakon, Redza Minhat menerusi posting terkininya di Twitter dilihat seolah-olah mempersoal bagaimana individu boleh mendapatkan gelaran penceramah atau Pencetus Ummah (PU).

“Aku pun nak jadi PU la, macam senang je. Mana nak apply?

Meski tidak menyatakan kepada mana-mana individu, namun ia seakan terarah kepada suatu isu melibatkan penceramah bebas bersama bekas isterinya yang kini viral.

Status tersebut turut menarik perhatian netizen untuk memberikan reaksi.

Komen mereka mudah sahaja, hanya tiga perkara yang diperlukan iaitu jubah, kopiah dan gambar di Mekah.

Malah, tambah netizen lagi, mereka juga perlu mulakan dengan mengkritik golongan selebriti yang menanggalkan hijab untuk dapat gelaran penceramah.

Inilah kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tambahan pula, kita belum mendengar penjelasan sepenuhnya daripada pihak terbabit.

Bimbang, nanti kalau tak betul, timbul elemen fitnah pula

Foto – Twitter Redza Minhat

Published by
Noraini Abd Wahab