Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik status Instgram Storiesnya beberapa jam lepas.
Status berkenaan berkaitan dengan pelakon, Emma Maembong yang kini tampil dengan imej terbaru apabila membuka hijabnya.
“Masa ni aku rasa Emma Maembong rasa badan dia berat sebab pahala banyak gila masuk semua orang jadi Tuhan tiba2 mengadili sesama,” tulis Noh.
Dalam perkembangan lain, Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh bersama isteri, Mizz Nina kini berada di tanah suci.
Terdahulu, Emma secara berani telah membuat pengakuan secara terbuka mengenai keputusannya untuk tidak lagi mengenakan hijab beberapa hari lalu.
Instagram : Noh Salleh