Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menyentuh Kaabah sewaktu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Menurut Norreen, dia sendiri tidak menyangka perjalanannya menuju ke Kaabah seakan dipermudahkan meskipun dipenuhi lautan manusia.
“Ya Allah rindunya. Sumpah aku dah rindu. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasihlah @Bismie_amer sebab record kenangan ni.
“Nak jalan ke arah Kaabah pun masa ni macam senang sangat takde push-push straight je dah sampai.
“Bismie bagi semangat, direction dan dengan izin Dia semudah tu je dapat pegang Kaabah,” tulisnya
Luahan itu dikongsikan oleh pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga pasti akan merindui suasana tersebut sepanjang hayatnyaz
“Menitik air mata aku bila tengok balik video ni. Kita berserah pada Dia. Syukur Ya Allah kita dapat pegang pintu Kaabah.
“Dari tengah sampai ke hanyut ke tepi kita panjat kat situ. Dah rindu ni,” kongsinya lagi.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Norreen sekali lagi meluahkan rasa sebak kerana diberikan peluang untuk masuk ke dalam Raudhah di Masjid Nabawi.
“Petugas sini kata 5 minit sahaja. Terus masuk, aku sujud. Kak Wa kata terus solat hajat. Bila dah habis aku record sekejap.
“Kak Wa kata berapa kali dia masuk Raudhah, ni lah first time dapat depan ni. Lagi aku menangis.
“Aku yang jenis huhahuha ni dapat solat kat depan ni jugak memang Dia dengar lah niat aku. Aku happy sangat,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga berpeluang untuk pergi ke Tiang Aishah sewaktu di dalam Raudhah.
“Harap aku tak lupa diri bila balik nanti. Ingat lah Norreen ingat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norreen Iman