Hiburan

“Aku Seret Korang Pergi Mahkamah,”- Konon Bagi Nasihat ‘Pedas’ Buat Fattah Amin, Rosyam Nor Mahu Saman Individu Ini?

Share

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa bengang terhadap tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah dan kenyataan palsu berkaitan dirinya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, individu-individu terbabit dikatakan berkongsi kenyataan yang kononnya Rosyam memberi nasihat ‘makan dalam’ buat kepada Fattah yang baru sahaja bercerai dengan Nur Fazura.

Menurut Rosyam, hal seperti ini telah mencalarkan nama baiknya dan dia tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.

“Korang tunggu. Aku seret korang pergi mahkamah.

“Buat fitnah dan aibkan orang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyokong tindakan tersebut dan berharap agar hal seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Geng-geng macam ni selalu sangat saya jumpa. Tak tahulah apa dalam kepada otak mereka. Dengan selamba buat cerita ikut sedap tekak.

“Akhirnya Datuk bersuara sebab ramai yang gunakan nama Datuk. Semoga Datuk dapat bersihkan nama berkaitan isu panas ni. Semoga dipermudahkan.

“Ada orang memang suka jadi dajal. Fitnah macam perkara biasa je.

“Seret je. Bagi mereka sedar diri. Jangan suka-suka buat kenyataan fitnah,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, kisah perceraian pasangan selebriti terkenal itu menjadi antara isu hangat yang diperkatakan di media sosial ketika ini.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti ada memberikan reaksi dan pendapat masing-masing berhubung isu yang berlaku.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Isnin.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rosyam Nor

Published by
Aizam Manaf