“Aku Sumpah Rasa Nak Pergi Sana Maki Hamun Dia,” – Zarina Anjoulie ‘Naik Hantu’, Tempelak Pekerja Butik Sebab…

Share

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang terhadap sikap sambil pekerja di sebuah butik pakaian terkenal.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi cerita apabila berlaku satu insiden salah faham bersama pekerja di butik berkenaan.

Menurutnya, pakaian yang dibeli tidak seperti yang dimintanya selain alat penggera pada pakaian tersebut juga tidak ditanggal.

“Aku sumpah hangin giler dgn budak perkerja cotton on kat AEON shah alam ni kau kasi aku satu je aku mintak 2 colour tu pun bodoh sebab sekali minta first time dah salah bila aku check.

“Aku tak sangka budak anjing to bodoh sampai salah kali kedua so i assumed all is ok.

“Balik lepas dah hooray buang resit segala baru aku sedar anjing ni kasi aku satu helai je pastu tag alarm bodoh ni ada lagi!

“Dah la jauh nk mari dari rumah aku AEON shah alam ni im so bloody Angry aku sumpah rasa nk pergi sana maki hamun dia aku ni dah la banyak kerja kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau mati siap kau kejap lagi !,” tulis bintang berusia 32 tahun itu.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut memberi reaksi di ruang komen entri berkenaan.

Diharapkan permasalahan yang berlaku pada masa depan dan moga ia dapat diselesaikan secara baik dan berhemah.

Video: Instagram Zarina Anjoulie

Published by
Nazar Rafiqhi