Pelakon, Shakilla Khoriri reda apabila terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri berasingan dengan anak perempuannya, Ameena Sofia.
Menurut Shakilla, dia berharap agar anaknya itu mengingati segala pesanan dan ajarannya sepanjang beraya bersama bekas suami yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali.
“Bismillahirohmanirohim. Tahun kedua beraya dalam keadaan macam ni. I feel bad for her. Really
“Tak mengapa, tahun ini beraya dengan daddy. Aku harap anak kecil ni ingat setiap pesan mak dia. Sebab aku bersusah payah mendidik dan mengajar banyak perkara.
“Ameena makin besar, anak yang bijak. Mata kepala dia melihat apa yang dia lihat. Dia bercakap apa yang dia tahu. Mengikut contoh apa yang dia rasa betul yang orang buat depan dia. Begitu lah anak-anak ni membesar,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Shakilla menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun dia dan bekas suami sudah berpisah, namun, dia tidak mahu memutuskan hubungan anaknya itu dengan keluarga bekas suami.
Lantaran itu, Shakilla turut berharap agar layanan yang baik turut dapat diberikan kepada anaknya.
“Aku tak besarkan Ameena dengan perasaan dendam dengan siapa-siapa.
Apatah lagi nak memutuskan silaraturahim.
“Tapi apa lah daya aku untuk memaksa orang supaya berbaik dan utamakan Ameena.
“Walaupun aku tak perlukan semua tu sebab untuk pengetahuan orang yang mungkin tak tahu, Ameena terlebih kasih sayang dari aku dan keluarga aku juga kawan-kawan aku yang kisahkan kitaorang.
“Cuma jangan satu hari ada jari-jari yang menunding ke aku atas kesilapan dan kesalahan diri sendiri. Aku dah PENAT,” kongsinya lagi.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Shakilla terus diberikan kekuatan untuk membesarkan anaknya itu.
“Bila sudah berpisah, anak-anak selalunya ibu-ibu sahaja yang kisah. Sabar ya Shakilla, semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.
“Kuat sayang. InsyaAllah Ameena anak yang baik.
“Its okay Killa. Yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak awak. Kita tak perlu harap orang lain akan balas budi kita.
“Semoga tidak putus diberikan kekuatan kepada awak untuk bersama Ameena selamanya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shakilla Khoriri