Gaya rambut terbaharu pelakon, Sharifah Sakinah yang tampil hampir botak menarik perhatian netizen dan rakan artis yang teruja dengan perkembangan terkininya itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini memuat naik foto dengan gaya potongan rambut ala watak Demi Moore menerusi filem GI Jane.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen, Sakinah ‘memperkenalkan’ imej terkininya itu dengan menulis, “And the Oscar goes to: GI Jane.”
Meninjau di ruangan komen, rakan artis ada yang memuji gaya berkenaan Sakinah yang disifatkan edgy dan berani.
“Wehhh. Nice teruk!” tulis Hafreez Adam.
“OMG OMG Kinah! Style,” tulis Hun Haqeem.
“Aku tak boleh move on. Hensem,” tulis Janna Nick.
“Jada (Jada Pinkett Smith) makan hati tengok,” tulis Azah Aziz.
“YESSSSSS,” tulis Alicia Amin.
Malah, peminat turut menitipkan komen masing-masing, antaranya;
“Hensem teruk, slay queen.”
“You look so good in this look.”
“Cantiknya Sakinah. So cool lah.”
“Janji kening on point.”
View this post on Instagram
Difahamkan, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, kini berada Sweden meluangkan masa bersama suaminya, Michael Hansen yang kembali menetap di negara kelahirannya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI