Penyanyi dan pelakon, Shahrul Kamal ada berkongsi luahan terhadap individu yang tidak mempunyai tahap ‘common sense’ yang baik apabila memberi teguran terhadap fizikal seseorang.
Malah jelasnya, ada banyak lagi perkara yang boleh dibualkan selain bercerita mengenai susuk tubuh.
“Lepas ni siap yang tegur aku dah makin cekung, kurus apa bagai, aku nasihatkan korang ready unfuk terima teguran tak berapa pedas aku pula.
“Banyak perkara boleh borak selain dari nak cerita pasal fizikal.
“Dalam dunia bukan orang berbadan besar je struggle nak kurus, orang kurus pun struggle nak besar. Thank you,” tulisnya pada satu hantaran di Instagram.
Malah luahan sama turut dikongsikan bintang Akademi Fantasia 2015 ini menerusi IG Story.
Sementara itu di ruangan kapsyen pada entri sama, Shahrul turut meminta ramai agar belajar menghormati, seterusnya pelajari etika ‘common sense’.
“Bila aku berisi sikit “sharul dah gemok!” “Kenapa makin tembam” . Bila aku dah kurus “kenapa cengkung” “kenapa kurus sangat ni”.
“Aku tak marah kau, aku kesian sebab kau dilahirkan memang tak ada common sense. Kalau ada kau dah elak awal2 cerita pasal fizikal. Beza dengan puji.
“Boleh tahu kalau orang tu puji kurus ke or yang kurus dah berisi sikit ke. Beza. So, dari sekarang belajar ada common sense okay?,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #nohate.
Serentak dengan itu, posting tersebut mendapat ratusan komen dari peminat serta rakan selebriti yang rata-ratanya memberi sokongan positif terhadap situasi yang dilalui Shahrul.
Foto: Instagram Shahrul Kamal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI