“Aku Tak Nak Keluar Bilik Sebab Hilang Privasi,” – Raih Populariti Luar Biasa, Khairul Aming Kongsi Realiti Sebenar

Share

Instafamous yang terkenal  dengan perkongsian video masakan, Khairul Aming mengakui populariti luar biasa yang diraihnya ketika ini sedikit sebanyak telah memberikan impak negatif di dalam hidupnya.

Jelas Khairul, semenjak namanya mula dikenali ramai pada tahun 2018, dia merasakan privasinya sudah mula hilang dan segala tindak tanduknya sering kali menjadi perhatian.

Bagaimanapun, jejaka berusia 29 tahun ini tetap mengakui dia amat meminati dengan setiap perkara yang sedang dia lakukan ketika ini.

“Today I want to share with you what is it like to live with high expectations from public. fame can be rewarding and toxic at the same time. Aku suka apa aku buat.

“Effort buat video time sekolah dulu sama dengan effort aku hari ni, walaupun dulu hanya satu classroom je yang tengok video tu.

“However after my videos blew up in 2018, my privacy dah mula hilang dari situ. What I say, how I behave, who I’m friend with, semuanya di nilai kiri kanan. To the point sampai aku taknak keluar bilik because serabut dengan kehilangan privacy,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Khairul yang kini memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai tiga juta itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.

Katanya lagi, setelah beberapa tahun menghasilkan pelbagai video resepi, Khairul turut mendedahkan ada kalanya dia juga berasa agak tertekan lebih-lebih lagi untuk memenuhi expektasi orang luar terhadap dirinya.

“Year by year the expectations grew a lot more. I read tweets about myself, about my business, and tbh aku sendiri segan nak baca. Aku takut one day I can’t live up to your expectations.

“I’m just a normal guy, datang dari normal family, and I love what i’m doing. But I also have flaws yang orang tak tahu, I made mistakes and will make more in the future. some people are waiting for me to make mistakes and I totally understand that,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khairul turut menasihatkan sesiapa sahaja yang ingin mengikut jejak langkahnya, individu berkenaan hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal.

“If you are planning to pursue the same route, just be reminded that fame is not always sweet and glory. It can be damaging if you don’t know how to handle it.

“Stay as who you are, but try to be better each day. Have a good night everyone and inshaAllah esok kita jumpa lagi,” akhirinya.

Sumber: Twitter Khairul Aming

Published by
Aizam Manaf