“Aku Tak Perlukan Isteri Yang…,” – Idzham Ismail Luah Rasa, Sukar Cari Wanita Faham Kerjaya

Share

Kerjaya sebagai pelakon menuntut pengorbanan masa dan komitmen yang tinggi.

Ulas Idzham Ismail, memilih teman hidup bukanlah bermakna perlu kepada kesempurnaan sebaliknya semua boleh dibentuk bersama selepas diijabkabul.

Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama

“Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.

“Aku tak perlukan isteri yang kaya raya sebab rezeki dan kemewahan boleh dicari bersama.

“Aku tak perlukan isteri yang buta hatinya kerana aku manusia melakukan kesilapan dan sedia untuk ditegur dan ubah untuk rumahtangga.

“Aku tak perlukan isteri yang tipikal mindanya kerana kerja ku perlukan kesabaran untuk merasa kemewahannya.

“Aku PERLUKAN isteri ada semasa susah ku kerana ingin ku mandikan dengan kemewahan diatas kesabarannya

“Aku PERLUKAN isteri yang menyokong dibelakang ku kerana pabila ku hampir jatuh dia ada dibelakangku bisik kata semangat untuk aku naik semula

“Tak semua faham dunia dan cara bekerja macam kami, bila dapat yang memahami, bersyukur dan semangat dia lah yang buat aku tahu tiada gagal dalam kamus hidup hanya kejayaan menanti.

“Amin thank you Allah dan aku dah bersedia diatas tanggujawab kerja yang lebih besar ini. Amin amin ya rabbal alamin

,” tulisnya panjang lebar.

Idzham diijabkabul dengan Siti Nur Abillah Binti Shamsuddin pada 27 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan Nur Sofea Inara.

Tiada pasangan yang sempurna sebaliknya suami isteri yang saling melengkapi akan menyempurnakan alam rumah tangga.

Foto : Instagram Idzham Ismail

Published by
Noraini Abd Wahab