Kemelut rumah tangga pelakon dan model, Nadia Brian terus hangat apabila suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik beberapa beberapa status di media sosial yang sekali gus dipercayai ada kaitan dengan situasi semasanya bersama bintang berkenaan.
Muizz berkongsi perkara tersebut di Instagram (IG) Story miliknya, pada Rabu.
“I dont rant my problems here, but enough is enough. “Kerenah”? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju, bersihkan rumah, semua tu, maid ada disediakan!
“Aku tak pernah halang dan paksa kau bekerja, aku tak pernah halang kau untuk berkawan, aku tak pernah berkasar dengan kau.
“So apa yang kau derita sangat?,” tulisnya.
Pada masa sama, Muizz turut menjelaskan, dia telah menunaikan tuntutan nafkah mengikut kemampuannya, sepanjang bersama.
Ads
“Syarat nafkah cukup aku tunaikan ikut kemampuan. “Karenah” aku hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan mencukupi kehendak kau buat masa sekarang ini.
“Times are hard, economy us bad, is that even an excuse for the all the crap you said and did?.” ujarnya lagi.
Tambah Muizz lagi, apa yang dilakukan bukan untuk kejar glamor dan tidak mendapat apa-apa daripada masalah ini.
“Aku gila glamour? Sweetheart.. Fame dont pay my bills. I dont do reviews for money or I gelek2 bontot in TikTok for attention.
Ads
“I gain nothing for this mess. So please, stop lies about me, so that i can stop telling the truth about you!” tulisnya.
Muizz turut memohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan.
“To my friends and family im so sorry for ranting publicly but, hey im only human. Peace,” tulis Muizz.
Ads
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.
Menerusi laporan media sebelum ini, Muizz mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.
Malah Nadia turut mengesahkan bahawa suaminya sudah membuat permohonan cerai di mahkamah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019.
Foto: Instagram Muizz Nasruddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ayda Jebat tidak mahu memberikan ulasan terperinci susulan insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.
Ayda berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak berkuasa.
“Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Menghargai semua pihak yang mengambil berat, Ayda memohon agar orang ramai memahami situasi yang sedang dialami adiknya itu.
“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak,” katanya.
Ayda juga memohon doa agar perjalanan mereka di program Famili Duo dipermudahkan.
“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi pusara anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan arwah.
“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat pusara arwah Siti Sarah. Kasih seorang abah.
“Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?
“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia x boleh melawan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?
“Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha. Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa.
“Sama-sama kita doakan agar arwah tenang di sana & rohnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.
Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, pada 9 Ogos lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, sebulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!