Pemergian Abam Bocey kembali ke Rahmatullah semalam nyata mengejutkan ramai dan yang paling terkesan sudah tentunya dua sahabat arwah yang juga anggota kumpulan Bocey, Achey dan Fad.

Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam sebelum ini berada di Jepun bersama keluarga untuk bercuti dan pastinya, berita pilu yang diterima memberi kesan mendalam.

Fad menerusi Insta Stories sejak semalam ada berkongsi beberapa status berkaitan dan terkini, dia sekeluarga difahamkan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air bagi melawat pusara sahabat tercinta.

“Aku Tak Sabar Nak Balik Malaysia…,” – Fad Sekeluarga Menuju Pulang Ke Tanah Air… Setiap Detik Terbayang Sahabat, Allahyarham Abam Bocey

“Aku tak sabar nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama aku berat hati,” tulisnya di Insta Stories.

“Aku Tak Sabar Nak Balik Malaysia…,” – Fad Sekeluarga Menuju Pulang Ke Tanah Air… Setiap Detik Terbayang Sahabat, Allahyarham Abam Bocey

IKLAN

Sementara itu menerusi Insta Stories isterinya Nur Syahirah A. Rahman pula, ibu kepada tiga cahaya mata itu ada berkongsi beberapa video, dalam perjalanan menuju ke Malaysia.

“Aku Tak Sabar Nak Balik Malaysia…,” – Fad Sekeluarga Menuju Pulang Ke Tanah Air… Setiap Detik Terbayang Sahabat, Allahyarham Abam Bocey

“Aku Tak Sabar Nak Balik Malaysia…,” – Fad Sekeluarga Menuju Pulang Ke Tanah Air… Setiap Detik Terbayang Sahabat, Allahyarham Abam Bocey

IKLAN

“Kita orang nak balik ni, tunggu kita orang sampai ya,” tulis Syahirah.

“Aku Tak Sabar Nak Balik Malaysia…,” – Fad Sekeluarga Menuju Pulang Ke Tanah Air… Setiap Detik Terbayang Sahabat, Allahyarham Abam Bocey

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam.

IKLAN

Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia lapan bulan.

Moga urusan Fad sekeluarga dipermudahkan.

Foto: Instagram Fad Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI