Pelakon, Aiman Hakim Ridza mededahkan dia seakan tidak percaya sewaktu pertama kali ditawarkan untuk melakonkan filem aksi ketenteraan, Airforce The Movie: Selagi Masih Bernyawa.
Menurut Aiman, pada awalnya, dia tidak mahu terlalu gembira kerana bimbang akan kecewa sekiranya perancangan untuk menjayakan filem tersebut tidak menjadi.
“First time waktu dapat offer untuk buat this movie aku agak skeptikal. Dalam kepala macam biar betul? Aku tak pernah terfikir akan dapat atau bawak watak air force pilot dalam sepanjang karier.
“Waktu meeting tu aku jumpa dengan director and produser dekat starbucks damansara. Aku play cool as if ‘il think about it’. Aku bagitau manager tengok la macam mana.
“Don’t want to be so excited about it. Orang tua tua cakap jangan seronok sangat nanti tak jadi. But as soon as aku masuk kereta nak balik, aku ambik nafas gembira yang dalam gila.
“But also in my mind aku mcm terfikir betul ke diorg nak shoot movie ni. Bukan senang nak shoot kapal terbang apatah lagi jet fighter,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sediri oleh suami kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, dia juga berasa amat bertuah kerana diberi berpeluang untuk belajar dan mengendalikan sendiri pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi dengan lebih dekat.
“As time pass by dari script reading, cast meeting, briefing and training. Sampailah hari yang ditunggu oleh aku. First day of meeting with the jet itself. Damn! SUKHOI 30MKM FLANKER! IS DAMN BLOODY HUGE AND NAMPAK GANAS GILER!
“Aku terdiam kejap macam orang jatuh cinta. Dalam kepala otak mcm tv habis siaran. Then diorg suruh aku masuk duduk dalam. Aku kena panjat naik tangga wei. Ada la dalam 15-20 feet. That is just how tall this monster is.
“But as soon as aku masuk dalam. Its a totally diffrent feelings. Nervous and at the same time naik syeikh! Hahaha. The best part is diorang bagi aku bawak dekat taxi airways. Takdelah terbang tapi dapat rasa tu pun aku dah macam damn im so lucky,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Aiman turut menyifatkan filem ini sememangnya dibikin khas untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan buat para tentera yang telah berkorban bagi mempertahankan negara Malaysia yang tercinta.
“Fikir balik aku tak layak pun kalau nak bandingkan dengan pilot tentera udara kita yang train bertahun untuk bawak kapal terbang ni. Bukan tu je diorang sacrifice their life untuk jaga keamanan negara kita.
“Sounds simple but no its not. Its much more complicated than what it is. As I play this role aku sedar yang ‘its not what you can get, its about what you can give’.
“Semua orang ada perjuangan masing masing. #airforcethemovieselagibernyawa ini adalah perjuangan kitaorg untuk menghargai perjuangan mereka,” akhirinya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kagum selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem ini.
Airforce The Movie: Selagi Masih Bernyawa yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 Ogos ini.
Selain Aiman, filem ini turut membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Scha Al-Yahya, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul dan Johan As’ari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon, Zulin Aziz tidak menafikan dia ada menasihati suaminya, Farhan Norzaini untuk tidak menghiraukan mana-mana komen negatif netizen di media sosial.
Menurut Zulin, dia berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang isu pada masa akan datang selain memilih untuk memadam komen yang tidak sesuai, mengharapkan agar isu dibangkitkan oleh pengguna media sosial terhadap sesebuah hantarannya tidak berpanjangan.
“Saya dah ajar suami dari awal, jangan pernah baca komen netizen. Saya pula jenis suka padam komen-komen negatif. Mungkin ramai yang tanya, kenapa nak padam? Bagi saya, kita ada kuasa kawal media sosial kita.
“Kenapa kita nak biarkan dia berbuat demikian dan menjaga hati orang yang komen buruk kepada kita? Sepatutnya, kita ada hak ke atas platform kita sendiri dan buang benda-benda yang tidak elok,” katanya.
Bintang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Farhan pada 20 Februari lalu itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman pakej umrah bersama barisan selebriti oleh Syabibah Travel & Tours, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dengan memadam komen negatif yang ditinggalkan netizen, ia dapat membendung komen-komen lain daripada terus merebak.
“Kalau seorang berani tinggalkan komen berbaur negatif, akan ada rantaian lain yang akan komen di bawah komen berkenaan. Jadi kita putuskan rantaian itu untuk elak daripada isu tersebut diperbesarkan.
“Tak perlulah balas balik. Orang seperti ini hanya mahukan perhatian. Kalau kita komen lagi mereka suka. Kalau betul nak beri nasihat, ada laluan lain yang lebih elok boleh digunakan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zulin bakal mengerjakan umrah pada Ramadan bersama suami menerusi pakej umrah yang diperkenalkan oleh Syabibah Travel & Tours.
“Ketika saya menerima panggilan yang menawarkan saya untuk turut serta dalam program ini, saya memang berada di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah pertama Januari lalu.
“Ketika itu, memang saya berdoa ingin kembali menjadi tetamu Allah. Memang betul doa saya dimakbulkan dengan pantas. Jadi, dengan hati terbuka, saya terus bersetuju,” katanya.
Selain Zulin dan suami, pakej umrah tersebut turut melibatkan barisan artis lain seperti pelakon Saharul Ridzwan, Bell Ngasri dan Faizal Ismail.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat Kaka yang semakin berseri dan bahagia.
Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 15 Disember yang lalu dan kini penyanyi yang berusia 28 tahun itu sedang hamil 5 bulan.
Foto : Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas Chadwick Boseman yang maut akibat kanser, kini seorang lagi pelakon filem Black Panther meninggal dunia.
Connie Chiume yang memegang watak Zawavari dalam filem tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Ogos 2024 ketika berusia 72 tahun.
Pelakon yang berasal dari Afrika Selatan itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Johannesburg dan perkara itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang dalam satu hantaran di Instagram.
“Famili Chiume dengan rasa sedih berkongsi kepada semua mengenai pemergian pelakon pemenang anugerah antarabangsa, Connie Chiume.
“Connie Chiume meninggal dunia hari ini pada tanggal 6 Ogos 2024. Pihak keluarga meminta jasa baik semua untuk menghormati privasi keluarga yang sedang berduka.
“Pihak keluarga akan berkongsi perincian lebih lanjut tentang perkara ini,” jelas mereka dalam hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mendiang Chiume.
Dalam satu laporan lain bersama media tempatan, Nongelo, anak kepada pelakon terkenal itu berkongsi bawaha ibunya dimasukkan ke hospital untuk menjalani prosedur perubatan sebelum meninggal dunia.
“Dia sudah pulih dengan baik, tetapi malangnya hari ini kami mendapat berita kematiannya,” kata Nongelo.
Selain itu, dia menambah lagi yang punca kematian ibunya belum dapat disahkan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Jaja Ishak menampilkan kelainan menerusi telefilem Rahsia Kelabu, yang mengangkat kisah hubungan dua beradik lelaki sebagai tema utamanya.
Telefilem ini bakal menemui penonton pada...